Sedar tak sedar hari ni dah 9 Ramadhan..rasanya dah lama ana x menulis dalam blog ni..sibuk (huh sebenarnya x suka alasan ni)! Sibuk dengan dunia fana ni..kadang2 ana rasa macam dah mula leka dan lalai. Ana takut tak mampu nak menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas. Sama2la kita berdoa agar diperteguhkan iman dan diberikan kekuatan untuk menambah amal ibadah kita.
Ana sedang memotivasikan diri untuk teruskan perjuangan..sambil lagu2 nasyid semangat seperti Sunnah orang berjuang, jalan dakwah, adakah kau lupa, generasi harapan dan lain-lain dimainkan untuk membakar semangat..tak dilupakan al-Quran yang tak dinafikan memberi impak ketenangan yang amat besar buat jiwa2 yang dahagakan kasih sayang Illahi. Tiba2 ana terlihat buku “al-Muntalaq”-langkah bermula..
Ana masih ingat pertama kali menyertai daurah pada tahun lepas, Dr. Zul mengupas “al-Muntalaq” dan chapter yang paling diingati ialah chapter 2- “hanya gerhana-bukan terbenamnya matahari”. Tajuk yang cukup puitis..pada saat ana yang masih terlalu baru mendapat tarbiyyah, ana agak keliru dan kurang memahaminya namun dengan kehadiran ustaz fauzi pada daurah tahun ini insyaAllah pemahaman ana semakin bertambah..bukan sahaja pemahaman mengenai al-Muntalaq bahkan pemahaman tentang tanggungjawab sebenar kita. Di saat pelbagai rintangan, godaan dan tentangan yang dihadapi serta hakikat iman ana sendiri yang sering berbolak balik..hanya kepada Allah sahaja tempat mengadu dan kepadaNya sahaja ana berserah diri.

Kewujudan generasi pewaris dakwah adalah sunnatullah..Mereka adalah generasi rabbani yang tak mungkin lenyap sekalipun diserang dari segenap penjuru. Jika kita tidak menyahutnya atau kita berpaling dan melepaskannya, sunnatullah akan tetap terus berjalan..siapa yang rugi??
Seperti mana kata Hassan Hudaibi ” Jika matahari dan bumi mempunyai paksi dan graviti, begitulah hubungan manusia dan agama. Agama pasti dihayati secara menyeluruh oleh sekumpulan manusia sepanjang waktu”. Sama2la kita berdoa semoga kita berada di dalam kumpulan itu dan terus istiqamah meneruskan warisan daripada Rasulullah SAW dan para sahabat.
Ingatlah..suasana kini hanya gerhana yang bersifat sementara..yakinlah dengan janji Allah..pasti Islam akan bangkit kembali. Kegemilangan itu pasti tiba..yakinlah! Maka usahlah kita berputus asa..teruskan usaha dan bersemangat di jalan dakwah..Usah biarkan saudara2 kita hanyut..hulurkan tangan di saat mereka memerlukan. Jika kita berasa sukar, bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu..bangkitlah wahai generasi pewaris dakwah!
Sunnah Orang Berjuang
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya
Berjuang tak pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

Kerakusan Pada Duniawi
Terbuang Suci Budi
Keegoan Melampau Batasan
Hilang Kemanusiaan
Luka Parah Isi Dunia
Tangan-tangan Penuh Dosa
Hukum Tuhan
Sedar Segera
Obor Islam Yang Marak Membara
Serata Ruang Dunia
Sunnah Nabi Kian Dituruti
Dihidupkan Kembali
Janji Tuhan Pasti Berlaku
Kebatilan Kan Berlalu
Indah Islam Kan Jadi Nyata
Marilah Kita Berganding Tangan
Bersatu Tenaga Tegakkan Syiar Islam
Hidup Bahagia Diredhai Tuhan
Akhirat Kan Kekal Di Syurga
Teguhkan Iman Di Dalam Diri
Tetapkan Amalan Pada Ilahi
Segala Cabaran Tabahkan Hati
Janji Tuhan Iman Taqwa
Kita Dibela
Tiap Saat Masa Yang Berlalu
Bertambah Usiamu
Tetap Pergi Tak Kembali Lagi
Rebutlah Saat Ini
Di Dunia Yang Sementara
Pergunakan Sebaiknya
Untuk Tuhan
Pencipta Kita

August 28th, 2009 at 3:05 am |
Comments & Trackbacks (0) |
Permalink
Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.
Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…
Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??
Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !
Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?
Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?
Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.
Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan. Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.
Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.

August 13th, 2009 at 7:33 am and tagged
ana solehah |
Comments & Trackbacks (0) |
Permalink
“Soleh wanita, solehlah masyarakat”, itulah ungkapan yang paling tepat bagi menggambarkan betapa besarnya peranan dan sumbangan wanita ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera dalam menempuh perjalanan kehidupan di dunia ini. Tidak dapat tidak,wanita yang bertindak sebagai sayap kiri bagi kaum lelaki perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran dan halangan yang mendatang demi mendidik generasi pewaris yang bakal memimpin negara dan dunia.
Atas dasar inilah, Wanita ISMA Zon Utara mengambil inisiatif bagi mengadakan Mukhayyam Khariji Wanita ISMA Zon Utara 2009 yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Jun yang lalu. Menjunjung tema ’Mantapkan Ukhwwah, Perkasakan Dakwah”, mukhayyam yang diadakan di Kem Guar, Manong Perak ini berjaya menghimpunkan 63 orang peserta dari negeri-negeri utara semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, yang terdiri dari peserta berumur 18 hingga 60 tahun. Wanita ISMA Kedah sendiri, berpeluang menghantar seramai 13 orang peserta untuk menghadiri mukhayyam yang julung-julung kali diadakan itu.
Rombongan Wanita ISMA Kedah begitu bersemangat memulakan perjalanan ke Kem Guar pada hari Jumaat, 26 Jun 2009 seawal jam 12 tengahari dengan menaiki 2 buah kereta dan sebuah MPV. Sebaik tiba di kem tersebut lebih kurang jam 4.30 petang, para peserta begitu teruja melihat pemandangan padang ragut yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan masuk ke kem di samping suasana kem yang di kelilingi hutan yang turut mengalirkan sebatang sungai yang cantik. Program bermula di sebelah malam dengan sesi taklimat program oleh penyelaras program iaitu Ustazah Norakhilah bt Baharin. Peserta kemudiannya menjalani sesi ’Tak Kenal Maka Tak Cinta’, satu permainan di mana para peserta perlu mencari peserta lain yang memiliki persamaan dengan dirinya, seperti bulan kelahiran, pekerjaan dan nama kumpulan. Aktiviti ini berjalan dengan penuh meriah, dan secara tidak langsung membolehkan para peserta bertaaruf antara satu sama lain. Hari pertama program diakhiri dengan acara tadarus secara berkumpulan.
Program pada hari kedua lebih padat dan menarik. Bermula dengan pembangunan rohani melalui qiamullail dan kuliah subuh yang bertajuk ’Ukhwahfillah’oleh Ketua Wanita ISMA Kedah, Ustazah Junainah Jaafar, peserta kemudiannya dikerah memantapkan fizikal dan mental menerusi aktiviti kembara alam di mana para peserta perlu mendaki bukit yang agak curam. Perjalanan naik dan turun bukit yang bermula pada jam 10 pagi mengambil masa selama 2 jam. Ianya begitu mencabar ketahanan dan semangat juang para peserta kerana mereka turut mendapat ’serangan’ pacat yang banyak memandangkan hujan turun dengan lebat pada hari pertama program.

Slot di sebelah petang diisi oleh ceramah oleh Ketua Wanita ISMA Pusat, Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh yang bertajuk ’Peranan Wanita dalam Pembangunan Organisasi dan Dakwah’ pada jam 2.30 petang. Penceramah antara lain telah mengupas peranan wanita secara umum dan wanita ISMA secara khusus di dalam pembangunan organisasi dan mendidik masyarakat. Pengisian yang padat dengan isi dan kupasan yang menarik telah membuatkan para peserta begitu tekun menadah telinga walaupun walaupun terpaksa melawan rasa letih dan mengantuk. Ceramah seterusnya oleh Ketua Wanita ISMA Perak, Ustazah Nor Akhilah Baharin turut mencuri tumpuan para peserta. Ceramah yang disulami lawak jenaka berjaya membuatkan para peserta memberi sepenuh perhatian terhadap tajuk ’At-Toriq Ila Ukhti Muslimah’ walaupun ianya diadakan pada jam 5 hingga 6.30 petang. Kepenatan dan kelesuan hilang apabila jiwa dihidangkan dengan peringatan-peringatan yang segar dan menyentuh perasaan. Aktiviti kesenian di sebelah malam tidak kurang hebatnya. Walaupun dalam tempoh persediaan yang agak singkat, para peserta telah berjaya menunjukkan bakat kumpulan masing-masing untuk membuat pelbagai persembahan sajak, nasyid dan lakonan berdasarkan tema yang telah diberikan. Secara tidak langsung aktiviti ini telah merapatkan lagi ukhwah antara para peserta.
Hari terakhir program memberikan pengalaman baru kepada kebanyakan peserta. Selepas solat subuh, para peserta menjalani aktiviti senaman yang menyerupai gerakan ’tai-ci’ yang dipimpin oleh Ustazah Junainah. Para pesera kemudiannya dibawa menelusuri kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Zainab Al-Ghazali yang penuh dengan contoh dan iktibar yang mulia untuk diteladani oleh para peserta. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Salma Ismail ini berjaya meninggalkan kesan di hati para peserta untuk mencontohi 2 orang tokoh wanita agung tersebut . Slot seterusnya iaitu slot LDK memerlukan para peserta membincangkan soalan yang telah diberikan berdasarkan ceramah dan kuliah yang telah disampaikan dalam slot-slot sebelum ini. Mukhayyam Khariji Wanita ISMA Zon Utara 2009 diakhiri dengan upacara perasmian penutup oleh penasihat program, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam dan sesi penyampaian hadiah kepada semua kumpulan.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai 3 objektif yang telah digariskan iaitu menyemai ukhwah dan mahabbah di kalangan peserta, membina peribadi muslimah berlandaskan qudwah sohabiah dan menyatukan tenaga bagi menggerakkan dan dakwah. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan para peserta yang telah menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Maa’salamah wa ilal liqa’!
14 June, 2009 (dari blog ISMA Kedah)

- Peserta jambori Kedah bersama fasi
Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) buat julung kalinya berjaya menganjurkan Jambori Remaja Muslim Nasional bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 hingga 9 Jun 2009. Bertemakan “Muda untuk Berjasa”, jambori kali ini berjaya mengumpulkan hampir 300 orang remaja lelaki seluruh Malaysia untuk berkampung selama 4 hari 3 malam di Hutan Lipur Ulu Bendul.
KRIM cawangan negeri Kedah tidak ketinggalan untuk sama-sama menyahut cabaran menyertai jambori ini. Pasukan KRIM Kedah dengan kekuatan peserta seramai 34 orang bersama dua orang pengiring telah bertolak ke Negeri Sembilan dengan menaiki bas sewa khas pada jam 10 malam 5 Jun 2009 dan tiba di tapak jambori tepat jam 9 pagi pada 6 Jun 2009. Selesai urusan pendaftaran, para peserta diminta mendirikan khemah yang akan menjadi tempat penginapan jambori berlangsung. Sementara menunggu ketibaan peserta-peserta lain, peserta jambori Kedah sempat bertaaruf sesama sendiri yang rata-ratanya baru kali pertama dikenali. Selepas taklimat program disampaikan oleh pengarah program yang juga merupakan pengarah KRIM pusat iaitu Mejar Nazri, para peserta dipecahkan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang fasilitator. Sesi ice breaking dan team building yang diadakan pada sebelah petang ternyata berjaya merapatkan ukhuwwah sesama ahli kumpulan. Sebelah malam, diadakan slot pengenalan KRIM dan perasmian lagu baru KRIM yang akan dinyanyikan oleh peserta dalam semua program KRIM selepas ini. Pengisian ringkas tetapi penuh bersemangat turut disampaikan oleh Mejar Nazri yang berkisar tentang permasalahan remaja masa kini.
Sebahagian team Kedah
Hari kedua program, peserta telah bangun seawal jam 4 pagi untuk melaksanakan solat tahajjud berjemaah. Bacaan ma’thurat mengambil tempat selepas solat subuh dan dibaca beramai-ramai secara berkumpulan. Selepas senaman pagi dan latihan kawad, para peserta diuji ketahan fizikal mereka dengan mendaki Gunung Angsi yang terletak bersebelahan dengan tapak jambori. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, diadakan pertandingan kawad, membina kubu dan memasak. Kreativiti dan bakat terpendam para peserta berjaya dicungkil dalam ketiga-tiga pertandingan yang dijalankan ini dan para peserta begitu bersemangat bagi memastikan kumpulan masing-masing memenangi pertandingan yang dijalankan. Pada sebelah malam hari kedua, para peserta diberi peluang untuk berbincang tentang persembahan kumpulan masing-masing dalam Malam Kesenian Islam yang bakal diadakan pada keesokan malam. Slot ringkas bersama ’lilin’ juga turut diadakan pada malam tersebut.
Senaman Pagi
Senaman pagi pada hari ketiga turut diadakan seperti pada hari kedua. Selesai sarapan pagi, para peserta mula bergerak ke luar tapak jambori untuk menyertai aktiviti amal khidmat masyarakat di masjid dan tanah perkuburan berhampiran dengan memakai baju jambori. Selepas solat Zohor, diadakan tiga pertandingan sukan iaitu war game, ball game dan water game. Ketiga-tiga permainan tersebut nyata memberi satu pengalaman baru kepada para peserta dan semangat kesukanan yang ditunjukkan ternyata membanggakan para urusetia walaupun setiap kumpulan berusaha untuk memenangi setiap pertandingan yang dipertandingkan. Malam Kesenian Islam yang diadakan pada sebelah malamnya yang turut dihadiri oleh Presiden ISMA dipenuhi dengan 1001 mesej dan iktibar untuk para remaja. Mesej yang disampaikan secara spontan melalui sketsa dan nasyid oleh setiap kumpulan peserta yang kebanyakannya berkisar tentang permasalahan remaja masa kini berjaya menambat hati para hadirin dan seterusnya meningkatkan kesedaran para remaja akan peri pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia demi mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat. Kumpulan Huzaifah dari negeri Kedah yang menamatkan persembahan mereka dengan bacaan doa yang penuh syahdu oleh saudara Fuad berjaya menggondol tempat kedua untuk malam kesenian tersebut.
Slot bersama Aman Palestin
Pagi hari keempat, aktiviti dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan ma’thurat secara berkumpulan. Slot tazkirah subuh diisi oleh Cikgu Ismail yang juga merupakan pengarah KRIM negeri Johor. Tazkirah yang berkisar tentang hati yang disampaikan secara bersahaja dan deselang-seli dengan aktiviti ringkas itu berjaya menarik minat semua peserta dan urusetia. Selesai bersarapan, perunding Aman Palestin, Prof. Madya Dr. Zainurrasyid mengisi slot seterusnya yang banyak berkisar tentang perjuangan remaja di Palestin dalam membebaskan tanahair mereka.
Majlis punutup Jambori Remaja Muslim Nasional 2009 pula disempurnakan oleh wakil pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Turut hadir dalam majlis penutup tersebut ialah Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA dan ketua kampung juga merangkap imam masjid Ulu Bendul. Pasukan kawad KRIM Kedah selaku johan kawad jambori kali ini turut diberi penghormatan untuk diperiksa perbarisan oleh wakil JHEAINS. Selain ucapan perasmian penutup, penyampaian hadiah juga diberikan kepada semua pasukan berdasarkan ranking keseluruhan jambori. Pasukan Huzaifah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan daripada 12 pasukan dan lebih membanggakan, saudara Fadhil yang mewakili KRIM Kedah telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan untuk jambori kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta amnya dan pasukan KRIM Kedah khususnya.
KRIM Kedah mengucapkan tahniah kepada barisan urusetia jambori yang berjaya mengendalikan perjalanan jambori dengan begitu baik dengan dibantu oleh hampir 20 orang fasilitator berpengalaman dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang rata-ratanya merupakan penuntut di institusi pengajian tinggi tempatan. Kepada adik-adik peserta khususnya dari Kedah, kami mengharapkan ukhuwwah yang terjalin sesame peserta dapat diteruskan dan dirapatkan lagi dan sentiasa bersedia menzahirkan motto KRIM dalam kehidupan harian iaitu ‘ motivasi, iltizam, jatidiri ‘.
“TAUTAN DI HATI, UKHUWWAH BERSEMI “

Tanggal 12 Jun 2009 bersempena dengan cuti sekolah, KRIM Kedah telah menganjurkan program “Tautan Hati“ bertempat di Taman Tasik Darulaman, Jitra. Dengan bertemakan ‘Tautan di hati, Ukhuwwah bersemi’, program santai ini telah mengumpulkan para remaja daripada pelbagai latar belakang dan sekolah. Aktiviti-aktiviti menarik telah diselitkan bagi membina ukhuwwah di kalangan para peserta dan juga AJK.

Seawal jam 8.00 pagi, para peserta telah berkumpul, mendaftar dan diberi masa untuk sarapan pagi terlebih dahulu. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan alu-aluan serta tazkirah ringkas mengenai ukhuwwah. Untuk memecahkan benteng yang menghalang interaksi di antara para peserta, sesi ‘ice-breaking’ diadakan. Para peserta diminta mengingati nama dan sekolah setiap peserta, kemudian tanpa mengeluarkan suara mereka diminta menyusun diri masing-masing mengikut turutan abjad. Setiap kesalahan yang berlaku, semua peserta didenda dan diminta membetulkan urutan dalam masa yang ditetapkan. Ternyata, aktiviti ini telah berjaya mendekatkan jurang yang memisahkan mereka.
Acara diteruskan lagi dengan membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan. Beberapa permainan yang melibatkan kerjasama dan ukhuwwah telah menautkan lagi hati-hati para peserta. Setiap permainan yang diadakan mempunyai objektif yang tersendiri dan peserta diminta memberi komen usai setiap permainan tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka tak kurang juga yang kepenatan terutama selepas permainan terakhir iaitu menjaga ‘amanah’ masing-masing.

Program dirancakkan lagi dengan acara sukan air yang ditunggu-tunggu. Terik mentari langsung tidak menggugat keriangan para peserta. Masing-masing ‘mengayuh’ bot menyusuri tasik di samping menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Walaupun kaki terasa lenguh tetapi rata-rata peserta berasa gembira dan bersemangat memandangkan itu merupakan pengalaman pertama mereka.
Usai aktiviti sukan air, para peserta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu bertukar-tukar hadiah yang diselang selikan dengan teka-teki. Setiap peserta dan AJK mencabut nombor masing-masing dan menerima hadiah mengikut nombor yang telah diperolehi. Walaupun acara ini berjalan dalam suasana yang sangat sederhana namun ia tetap meriah dan yang paling penting adalah keikhlasan setiap peserta dalam memberi dan menerima hadiah masing-masing. Kemudian, setiap peserta dan AJK diberi peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing berkenaan program “ Tautan Hati “ ini. Sebelum pulang, perut diisi terlebih dahulu dengan makan tengah hari yang telah disediakan dan seperti yang dirancangkan program berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Alhamdulillah..walaupun program ini hanya mengambil masa yang singkat, diharapkan para peserta mendapat manfaat yang sewajarnya. Semoga tautan di hati ini membawa kepada berseminya sebuahukhuwwah dan akan terus bersemi serta mekar selamanya.. InsyaAllah.
Ya Allah..jdkanlah dunia ini tempat buat kami mengejar cita2 akhirat..jgnlah kau biarkan km mncintai dunia hingga takut akan kematian..Ya Allah jdkanlah km tenteraMu yg berjuang demi agamaMu..Maka,kabulkanlah doa hambaMu yg hina ini..


Assalamualaikum..
Adik-adik..InsyaAllah KRIM Kedah akan mengadakan “reunion” dengan semua pelajar muslimah yang pernah join aktiviti KRIM terutamanya WMR09. Butir2 program seperti berikut:
“PROGRAM TAUTAN HATI”
TARIKH: 12 Jun 2009
MASA: 8.00 pagi - 12.00 t/hari
TEMPAT: Taman Tasik Darulaman, Jitra
BAYARAN: RM 5
** Para peserta diminta membawa hadiah yang berharga +/- RM5 untuk slot bertukar-tukar hadiah
Tautan di hati, Ukhuwwah bersemi..
http://ismakedah.wordpress.com
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.
Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya berasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’
…Lagu tema Wacana Motivasi Remaja 2009…
Gelombang Keadilan
Munsyid : Shoutul Haroqah
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
April 17th, 2009 at 10:26 pm |
Comments & Trackbacks (8) |
Permalink