Kalau tidak salah..baru tahun lalu aku mendapat khabaran tentang adikmu yang menghidap barah otak peringkat awal. Namun, aku belum berpeluang melawatnya. Tiba-tiba tadi selepas exam aku diberitahu yang adikmu kini berada di hospital dan barahnya sudah berada pada peringkat akhir. Ya Allah..bagaimanalah dirimu menghadapi dugaan ini. Bagaimanalah dirimu menghadapi exam sebentar tadi? Wajahmu begitu tenang..setenang air di kali. Kadang-kadang senyuman masih terukir di bibirmu.
Aku menurutimu ke hospital bersama beberapa rakan lain. Suasana suram menyelubungi bilik pelawat yang dipenuhi ahli keluargamu. Kuperhatikan satu per satu adik-adikmu cuba menahan kesedihan. Salah seorang daripadanya sudah merah mukanya..mungkin baru lepas menangis. Kulihat pula ayahmu..dia juga tenang. Persis dirimu..Namun aku dapat melihat riak mukanya yang menahan kesedihan. Tapi aku tahu dia redha dengan takdir Illahi. Air mataku bergenang apatah lagi apabila mendengar ayahmu menasihati salah seorang adikmu agar tidak menangis dan bersabar.
Kami berpeluang menjenguk adikmu. Dari jauh aku dapat melihat ibu dan nenekmu di sana. Air mataku tidak tertahan lagi apabila ibumu mencium pipiku dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana datang melawat. Suaranya bergetar..aku dapat merasai air matanya di pipiku. Pilunya hatiku melihatkan situasi ini..Adikmu tidak sedarkan diri dan tiub-tiub memenuhi kepalanya. Ku alihkan pandangan ke arah lain kerana tidak sanggup lagi melihatnya..bimbang air mata yang kutahan ini gugur.
Sesekali aku cuba menoleh ke arahmu..dirimu masih tabah seperti tadi. Aku tahu kau cuba menjadi tabah kepada adik-adikmu yang lain. Sebagai anak sulung, tanggungjawabmu besar sekali. Namun kita hanya manusia biasa..aku tahu hatimu menangis..Sahabat ,aku juga punya adik seusia dengan adikmu. Aku dapat merasai keperitanmu. Hati aku sebagai seorang kakak terusik setiap kali memandang adikmu.
Sahabat..tabahkanlah hatimu. Aku tahu kini kau berhadapan dengan situasi yang genting. Menangislah jika itu dapat mengurangkan kesengsaraanmu. Aku dan teman-teman lain berada di sisimu..inilah gunanya sahabat. Susah senang bersama-sama. " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah:268). Aku amat mengagumi ketabahan dan ketenangan dirimu..Ku doakan semoga dirimu dan ahli keluargamu tabah menghadapi ujian Allah ini..
Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini…. Sama2 lah kte mendoakan yg terbaik utk keluarganya..
February 21, 2008 @ 8:55 pmbetul tu..marilah kt sama2 brdoa..
February 23, 2008 @ 7:12 am