Aku telah terbiasa dengan sinar mentari menyinari kehidupanku..telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu..aku berjaya melupakannya walau dengan seribu kepayahan..namun tiba-tiba mendung berarak kembali..rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi..Tidak!! aku belum puas merasai sinar itu..aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini..
mungkin sinar yang terlalu cerah telah membuatkan aku alpa..alpa tentang adanya kehadiran hujan..aku masih ingat lagi di saat aku mendongak dan melihat sinar cerah mula menyelubungi hidupku..aku bagaikan tidak percaya. air mata tidak henti-henti mengalir mensyukuri nikmat ini..namun pada hakikatnya aku tidak mahu mengajar diriku terlalu gembira..aku takut..takut sinar ini hanya sementara dan mungkin hujan yang turun selepas ini lebih dahsyat..aku takut akan kenyataan itu.
itulah yang membuatkan aku begitu berhati-hati pada setiap langkahku..itulah yang membataskan setiap pergerakanku..namun, aku hanya insan biasa..apabila terlalu lama dilimpahi sinar kecerahan aku terlupa pada kegelapan..aku lupa pada mendung-mendung kelabu..
kini, saatnya telah tiba..aku perlu sediakan payung..aku dapat merasakan telahanku sebelum ini benar..ya..hujan lebat bakal melanda..hujan yang akan mencetuskan badai di hatiku..Ya Allah bantulah aku menghadapinya..ampunilah aku kerana terleka..aku mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu..apa yang mampu kuharapkan sekarang ialah pelangi akan muncul selepas hujan lebat ini..pelangi yang INDAH..