Senyum adalah aspek yang penting di dalam kehidupan..tanpa senyuman bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain di persekitaran malah diri kita sendiri..Tanpa senyuman terukir di bibir..hati kita sangat menderita..pergerakan kita terbatas dan fikiran menjadi buntu..Ternyata besar sekali peranan senyuman kepada kita..antaranya:
1. senyuman adalah sedekah yang paling utama sebagai tanda
keikhlasan
2. senyuman yang diberikan juga menggambarkan perasaan
atau jiwa kita
3. senyuman lambang kesihatan kerana mereka yang sihat
jiwanya akan mudah mengukirkan senyuman
4. senyuman juga merupakan aksesori atau hiasan semula jadi
yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia lahir
dengan sendiri
5. selain itu, senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat
kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain
untuk mendekati kita
6. senyuman juga lambang kejayaan kerana orang yang banyak
tersenyum adalah orang yang berjaya
7. orang yang suka tersenyum adalah mereka yang dekat
dengan Allah dan banyak bersyukur
8. Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah memberi
senyuman
9. senyuman yang paling berkesan ialah senyuman yang dapat
dirasai oleh semua orang
10. selain itu, senyuman adalah terapi terbaik sebagai
penawar di saat2 emosi kita terganggu..tetapi sebenarnya
saat ini adalah paling sukar untuk kita mengukir senyuman
Walaupun Rasulullah dikenali sebagai seorang pemimpin besar, namun baginda juga senyum dan ketawa terutamanya ketika bersama para sahabat. Samak bin Harb menceritakan, dia pernah bertanya kepada Jabir bin Samurah, “pernahkah kamu duduk bersama Rasulullah?”. Kata Jabir, ” selalu. Rasulullah selalunya tidak akan berdiri dari tempatnya solat subuh, sebelum matahari terbit. Apabila matahari sudah terbit barulah baginda bangun. selama duduk-duduk itu, para sahabat ada yang bercakap-cakap membincangkan peristiwa zaman jahiliyah,lalu mereka ketawa dan Rasulullah tersenyum”. (Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu, senyum itu penting kan?? sama-samalah kita ukirkan senyuman yang paling manis..semoga ukhwah kita yang terjalin bersemi selamanya..InsyaAllah
tak senyum lagi susah dari senyum
March 29, 2008 @ 9:32 pmhaa btul tuu..tau xpe..so suma org knala snyum slalu..
March 30, 2008 @ 12:20 am