Kita ada dua mata tapi satu je hati..tapi hati kita besar..lagi besar daripada dua-dua mata kita..jadi yang mana lagi penting?? mata ke hati?
Orang kata..dari mata turun ke hati. takde lak dari hati naik ke mata kan? so mata la penting..tapi kalau mata kata ya tapi hati kata tidak..agak-agaknya kita akan ikutkan mata ke hati?
Dalam hal ini, mata dan hati sama-sama penting. kenapa? mata adalah sumber utama yang menggerakkan kata hati. apabila kita terlihat sesuatu perkara maksiat..hati ada dua pilihan, sama ada nak melihat kali kedua atau menundukkan pandangan. gerak hati itu bermula daripada mata..terpulanglah kepada kita untuk menentukan tindakan seterusnya.
Walaubagaimanapun, jika mata sentiasa melihat..hati tidak dapat tetapkan pendirian. mungkin selama ini hati rasa perkara itu salah dan menidakkannya tetapi apabila mata tidak dikawal maka hati pun akan terlibat sama.
Kita lihat situasi sebaliknya..apabila mata melihat..kemudian ia mengalihkan pandangan tetapi hati pula sangat teruja. perasaan seronok dan gembira meluap-luap. walaupun mata tidak melihat tapi hatinya..terbuai-buai oleh perasaan. inilah zina hati..jika tidak dibendung, rosaklah segalanya.
Oleh itu, mata dan hati amat penting dan saling mempengaruhi di antara satu sama lain. Apa yang penting jagalah kedua-duanya..didiklah mata dan hati ke jalan yang benar kerana kedua-duanya akan menentukan personaliti kita. ingatlah..jika rosak mata, rosaklah hati dan bgitu juga sebaliknya..jauhi zina mata dan zina hati!