-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

..dan exam datang lagi..
sakit kepala tak henti-henti
ingatkan nota..tak sentuh lagi
banyaknya nak baca..sempat ke ni??
jenuh berjaga sampai ke pagi
kononnya baca sepenuh hati
ingat ke tidak…tak pasti lagi
aduh..boleh ke nak jawab nanti..

..dan hari exam pun tiba..
suka ke tidak kena pegi juga
hati berdebar dan juga hiba
keluarkan je la apa dalam kepala
tengok soalan..macam tak percaya
tengok sekali lagi..macam pernah baca
tapi bila nak tulis..tak keluar apa-apa
apa nak buat..hentam saja laa
dh cuba nak buat sedaya upaya
setakat tu je la boleh usaha..
resultnya nanti..kita tunggu dan lihat saja

dan..bila exam sudah berlalu..
inilah masanya nak tutup buku
gembiranya hati semua orang tahu
banyaknya tempat hendak dituju
dah lama merancang sejak dahulu
namun di hati terasa sayu
empat tahun sudah berlalu
kenangan ini pasti kurindu
entah bila lagi dapat bertemu
semoga kita bahagia selalu..
selamat berjuang sahabat-sahabatku..

April 24th, 2008 at 1:11 am