-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Written by Firdaus Shah

Monday, 19 November 2007

Oleh: Seruan
Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu?
Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu
yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku
hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju
syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu,  impian
itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam
perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid,
tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq…
walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan
tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku
juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi
pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah hapapnya) .. mana mungkin
pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri)
dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang..
ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan
makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya
Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari
perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah,” Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan
tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini….
Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si
mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah
diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang??
Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini
tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan
juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia
Rasulullah..sedangkan diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah…
Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat
saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati
mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan
cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan
kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan
kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik” [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah
aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama
kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga??
Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka
dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut
hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan
waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau
sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati,
janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta
Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan
angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih….
Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih
terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak
mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai
hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan
doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia
menghadapinya kelak…. bersabarlah…..

August 26th, 2008 at 6:10 pm and tagged