-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Pada 11 Julai yang lalu, aku menerima undangan ukhti najihah dan ukhti fatimi untuk menjadi fasilitator program khemah ibadah bagi aulad. Proram ini diadakan di tadika Nur Tasneem Jitra dan para peserta terdiri daripada banat dan banin yang berumur antara 6 hingga 12 tahun.

Program bermula sekitar jam 3 petang dengan pendaftaran para peserta. Pada sesi ini kami sempat berkenalan dengan ibu bapa para peserta. Penyertaan yang diterima di luar jangkaan iaitu lebih kurang 60 orang.  Tugas yang paling mencabar adalah mengawal mereka yang mempunyai karenah yang berbeza-beza. Para peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan, 4 kumpulan banat dan 3 kumpulan banin. Aku bertanggungjawab menjadi fasilitator kepada satu kumpulan banat yang terdiri daripada 8 orang dan kumpulan kami diberi nama Siti Khadijah.

110720081244_2

Aktiviti pertama mereka ialah memasak nasi. Para peserta diajar cara memasak nasi daripada menyukat beras sehinggalah menekan suis periuk nasi dan mereka diberi pengalaman untuk mencuba sendiri. “Ustazah, air nak letak banyak mana?”, tanya aishah si comel yang bermulut becok. Terkedu seketika mendengar panggilan itu. Seumur hidup aku belum pernah digelar ustazah..tak layak rasanya. Puas aku membahasakan diriku sebagai kakak tetapi mereka tetap memanggil semua fasilitator sebagai ustazah. Akhirnya aku terpaksa mengalah.

110720081243

Selepas memasak nasi, mereka diajar pula menggoreng telur. Semua peserta kelihatan sangat gembira dan tidak sabar2 untuk memasak. Mereka diingatkan agar menjaga keselamatan diri supaya tidak berlaku kemalangan. Aku sangat terhibur dengan telatah mereka..ada yang nakal, ada yang manja sangat, ada yang kecoh..hmm memang tak kering gusi dibuatnya.

Tatkala azan asar berkumandang, para peserta bersiap-siap utuk solat yang dimamkan oleh peserta banin. Melihat mereka solat dan mendengar suara imam yang mendayu-dayu amat menyentuh hatiku. Inilah generasi pewaris masa hadapan!
110720081245

Kemudian, sesi pengurusan diri..memandangkan bilangan peserta yang ramai, banat terpaksa beratur panjang untuk ke bilik air. Berbeza pula dengan banin, waktu mandi adalah waktu yang amat menyeronokkan. Mereka disiramkan secara beramai-ramai menggunakan paip air di luar tadika. Suasana ketika ini amat meriah. Apabila tiba waktu maghrib, mereka solat berjemaah. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta sudah tentulah makan malam. Mereka dididik amalan makan di dalam dulang dan ternyata kaedah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara mereka.

110720081240

Selepas makan, mereka solat isyak dan diberi sedikit pengisian oleh ukhti Fatimi. Kemudian, mereka diajar cara-cara menggosok baju sekolah masing-masing. Tujuan aktiviti sebegini dijalankan adalah untuk mengajar mereka agar lebih berdikari dan rajin membantu ibu bapa selepas ini. Pada pukul 10.30 malam adalah waktu untuk mereka berehat dan tidur.

Pada keesokan harinya, selepas solat dan kuliah subuh, mereka beriadah melalui senaman aerobik. Usai riadah barulah mereka diberi waktu untuk persiapan diri. Kemudian mereka bersarapan dengan berselera sekali..bihun goreng, nasi goreng dan roti.

Apabila perut dah terisi, mereka diajar untuk menghafal doa-doa yang mudah seperti doa selepas wudhuk, doa makan, doa selepas makan dan sebagainya. Aku berasa amat kagum melihatkan semangat dan kesungguhan mereka. Mereka terus mengulang-ulang doa sehingga terhafal dengan sendiri.

Selain itu, mereka juga dikehendaki melancarkan bacaan dalam solat serta cara-cara berwudhuk kerana mereka akan diuji seorang demi seorang. Apabila ahli kumpulanku telah bersedia aku memanggil mereka seorang demi seorang. Alhamdulillah kebanyakan daripada mereka dapat menghafal bacaan dalam solat  dengan baik. Namun ada juga yang masih terkial-kial mungkin atas faktor usia yang masih kecil iaitu 6-7 tahun. Antara bacaan yang sering bermasalah ialah doa qunut. Walaubagaimanapun aku terus memberikan dorongan dan nasihat agar mereka meneruskan usaha untuk memperbaiki bacaan.

Dalam amali solat dan wudhuk juga, kebanyakan peserta tiada masalah yang besar. Pada pukul 10.30 pagi kami diminta berhenti kerana majlis penutup akan diadakan. Pada sesi ini, peserta terbaik (banat dan banin) dan kumpulan terbaik diberikan anugerah. Tanpa disangka-sangka kumpulan Siti Khadijah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori banat…alhamdulillah. Kami berasa sangat gembira. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan dan cenderahati. Majlis bersurai pada jam 11 pagi.

Pengalaman ini cukup berharga bagi diriku..Walaupun penat melayan karenah mereka tetapi yang pasti mereka sangat menyenangkan dan menghiburkan. Benarlah kanak-kanak ibarat kain putih..kitalah yang akan mencorakkan mereka! Doaku semoga anak-anak ini akan membesar dalam cara hidup islam yang sebenar dan menjadi generasi islam yang agung pada masa hadapan..amin.

August 31st, 2008 at 8:59 am and tagged