Untuk menjadikan akidah kita benar-benar diktiraf sebagai akidah seorang muslim, kita mestilah..
1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.
2. Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia2 dan main2 yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat2 kesempurnaan.
3. Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.
4. Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat2Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.
5. Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan ganjaran seksaan bagi orang2 kafir.
6. Mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya tetapi hakikatnya kebaikan itu adalah taufik dan pertolongan Allah…begitu juga kejahatan adalah atas kehendak Allah.
7. Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang2 adalah hak mutlak bagi Allah. Syariat ini tidak boleh dilanggar dan satu2nya yang harus bagi Muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum2 dari nas2 syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri.
8. Mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama2 dan sifat2 yang layak bagi Allah.
9. Berfikir tentang makhluk ciptaan allah, bukan tentang zat Allah.
10. Mengenal sifat2 Allah sseperti mana di dalam ayat2 Al-Quran yang menunjukkan sifat2 Allah dan kesempurnaan sifat uluhiyyahNya.
11. Berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara2 seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.
12. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
13. Takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah. Ketakutan kepada Allah itu seharusnya mendorong kita menjauhkan diri daripada perkara2 yang dimurkai dan diharamkan Allah.
14. Sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.
15. Mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati kita sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.
16. Bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan dan bergantung kepada Allah dalam semua perkara.
17. Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.
18. Meminta ampun daipada Allah dan sentiasa bertaubat (beristighfar) kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping memperbaharui taubat dan iman.
19. Sentiasa dalm keadaan bermuraqabah terhadap Allah, baik dalam keadaan terang atau tersembunyi.
(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)