” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku sekali-kali tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak menkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.” ( Adz- Dzaariyaat: 56-57)
Untuk menjadikan kita seorang muslim dalam seluruh peribadatan, kita haruslah melakukan perkara2 berikut:
1. Menjadikan seluruh ibadat kita hidup dan berhubung terus dengan Allah sebagai tempat mengabdikan diri (martabat ihsan dalam ibadat).
2. Ibadat yang dilakukan haruslah merupakan ibadat yang khusyuk yakni dapat merasakan kepanasan hubungan dengan Allah serta merasakan kelazatan dari ibadat yang khusyuk.
3. Sewaktu melakukan ibadat, kita mestilah menghadirkan diri dan hati (di hadapan Allah), membebaskan diri dari urusan dan kepentingan dunia.
4. Dalam melakukan ibadat, kita hendaklah berasa tamak yang tidak berkecukupan dan rakus yang tidak merasa kenyang.
5. Kita mestilah mengambil berat melakukan qiamullail dan mengasuh diri melakukan qiamullail sehingga ia menjadi kebiasaan kerana ia merupakan perkara yang paling kuat dapat memelihara iman.
6. Kita haruslah menetukan masa-masa tertentu untuk membaca dan mengamati al-Quran terutamanya di waktu fajar kerana
” Sesungguhnya bacaan di waktu fajar itu disaksikan (oleh para malaikat).” (Al-Isra’ : 78)
Kita mestilah membaca al-Quran dengan penuh tadabbur (penuh perhatian), berfikir dan dukacita.
7. Kita mestilah menjadikan doa sebagai mi’raj kepada Allah dalam semua urusan, kerana doa adalah otak bagi segala ibadat. Dalam berdoa kita hendaklah memilih doa-doa yang ma’thur (yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.).
(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)
