Tarikh: 16/8/2008
Tempat: Dewan Mahsuri, Jitra
Anjuran: KRIM cawangan Kedah
16 Ogos yang lalu, satu lagi aktiviti menarik telah dianjurkan iaitu Yahoo! i am a muslim. Program ini dibuka kepada para pelajar sekolah menengah (tingkatan 3-5) bersempena dengan cuti sekolah.
Ketika pendaftaran, aku tercari-cari wakil sekolahku SMK Sultanah Asma..tetapi harapan tinggal harapan apabila tiada seorang pun yang hadir walaupun telah dipromosi dengan bantuan ustaz faisal. Mungkin kerana jarak yang agak jauh dari Alor Star ke Jitra..aku memujuk diri sendiri. Namun kekecewaanku segera terubat dengan penyertaan dari Maktab Mahmud, SMK Agama Kedah, SM Sains Sultan Abdul Halim dan beberapa lagi sekolah sekitar Jitra.
Program yang berjalan selama satu hari ini dimulai
dengan slot motivasi bertajuk ‘Surat-surat Cinta’. Slot ini disampaikan oleh pakar motivasi Tuan Hj Arif B Mohd Noor yang menyentuh tentang nilaian cinta sesama makhluk dan cinta kepada Allah S.W.T. Ternyata tajuk yang dikupas amat menarik minat para peserta yang sedang meningkat remaja.
Sesi yang pada awalnya kelihatan melucukan berakhir dengan air mata keinsafan apabila Tn Hj bijak bermain kata dan menggunakan media untuk membuai perasaan peserta serta muhasabah diri masing-masing. Sedar tak sedar aku turut terkesan dengan motivasi ini..cepat2 kukesat air mata bimbang dilihat adik-adik. Alhamdulillah semoga dengan kupasan ini mereka lebih bijak menilai cinta yang sejati yakni cinta Illahi dan lebih bergetar jiwanya membaca surat cinta Allah berbanding surat2 cinta dusta sesama insan.

Perjalanan program seterusnya pada sebelah petang disambung dengan aktiviti luar iaitu ‘Treasure Hunt.’ Aktiviti ini dapat memupuk sifat kepimpinan, amanah, sanggup berkorban serta kerjasama yang kuat dikalangan ahli-ahli di dalam sesebuah kumpulan.
Untuk aktiviti Treasure Hunt ini peserta lelaki dibahagikan kepada dua kumpulan dan diuruskan oleh ikhwah manakala peserta perempuan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Mereka perlu menghabiskan 5 checkpoint iaitu si buta kutip belon, permainan nombor, pass message, lakonan kisah sirah serta teladan dan asingkan bahan. Akhir sekali, mereka dikehendaki menyusun huruf2 bagi membentuk perkataan 3 asas perjuangan iaitu KEIMANAN, UKHUWAH, MATERIAL.
Aku menjaga checkpoint ke2..seronok juga dapat buli adik-adik ni. Banyak juga denda yang dikenakan kepada mereka apabila task tidak dapat disempurnakan dan apabila mereka inginkan tandatangan fasilitator.
Setelah para peserta berpenat-lelah menghabiskan kelima-lima checkpoint, maka tibalah ke penghujung program. Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Encik Faisol bin Elham selaku setiausaha ISMA Kedah. Majlis ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya memenangi acara ‘Treasure Hunt’. Selain itu, para
peserta turut diberi sijil penyertaan dan badge “Yahoo! I am a Muslim!” pada majlis penutup tersebut.
Rata-rata peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang sangat baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat buat mereka. Alhamdulillah…


KRIM?
September 1, 2008 @ 3:56 pmKelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia
September 1, 2008 @ 5:53 pmtau
September 1, 2008 @ 9:13 pmoo ingtkan tny KRIM tu apa
September 2, 2008 @ 7:47 am