-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Sedar tak sedar hari ni dah 23 Ramadhan..maksudnya kita memang dalam 10 hari terakhir Ramadhan. So kepada semua..selamat menggapai al-qadr! Fikir-fikir balik memang sedih..Allah dah bagi sebulan penuh rahmat dan keberkatan tapi tak dapat nak dimanfaatkan sepenuhnya. Nak kata ada kekangan masa tak jugak..sebab memang tengah free sekarang, lepas raya baru start posting..nak kata banyak godaan..syaitan kan dirantai bulan ni..kalau dah godaan syaitan takde maknanya godaan dalam diri sendirila..godaan nafsu! Jadi, kepada semua..selamat bermujahadah! Apa kata beberapa hari yang masih tersisa ni kita digunakan dengan sebaiknya. Mana tau ini Ramadhan terakhir kita..alangkah ruginya disia-siakan begitu saja. Takkan sibuk kemas rumah, beli baju raya dan buat kuih raya saja..itu untuk dunia..mana saham kita untuk akhirat? renung-renungkan..

Eh..macam lari je dengan tajuk ni..satla, ni baru mukadimah. selain ifthar jamai’e + daurah anjuran Isma kedah, ada satu lagi ifthar yang diketuai oleh kak pijah tapi melibatkan kami tujuh orang ja..jauh betul..kat Radix FC di sg petani. Sebenarnya kami semua tak tau lokasi sebenar kedai ni. yang taunya..dekat dengan tesco, antara bank islam dengan maybank dan dekat legenda height.

Kami berkumpul di tadika tasnim alor star pukul 5.45..tiba-tiba terserempak dengan kak ju, risau  gak kalau ada ustaz..emm akhawat keluar malam? “macam mana ni kak pijah? on gak ke?” “takpela..kita kan dah siap ni..lagipun niat kita cuma nak ifthar dan solat terawih bersama..lagipun sejak bulan puasa ni usrah takde..dah lama kita tak jumpa kan.” Ok..rancangan diteruskan. Memang kami semua teruja apabila mendengar tentang Radix FC ni..maklumlah milik penuh orang Islam..nak bagi sokongan ni. Lewat jugak kami bertolak..dalam 6.15 petang tapi ikut highwayla. Nak jimat tol dan minyak kami naik satu kereta je..Naza citra kak pijah.

Kami keluar tol sg petani utara..nasib baik ada yang tau tesco kat mana..leher terkial-kial mencari apa-apa sign yang boleh dijadikan panduan..alhamdulilah akhirnya kami jumpa RFC..rupa-rupanya kat tepi jalan ja..warna merah..memang dari jauh dah nampak!

Kami sampai di sana pukul 7.00 petang..dari luar dah nampak ramai orang. risau juga kalau-kalau takde tempat. yang beratur pun panjang jugak.

alhamdulillah..tak sia-sia kami datang dari jauh..nasib baik ada tempat. nak makan apa ni? waktu berbuka dah dekat..mujur menunya lebih kurang kfc je..mudahla nak buat pilihan. Makanannya sedap..memang tak rugi datang! aik..dah macam duta produk hpa pulak.

Selepas berbuka, kami cepat-cepat bergegas mencari masjid yang terdekat. Masjid al-Muttaqin menjadi destinasi persinggahan kami untuk solat maghrib, Isyak dan terawih lapan rakaat. Kemudian, kami terus bertolak balik bimbang sampai ke rumah terlalu lewat..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…

September 22nd, 2008 at 10:09 pm and tagged