-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

(along 9 tahun)

Along baru pulang dari sekolah..umi membuka pintu lantaran mendengar suara along memberi salam. Along mencapai tangan umi dan bersalam di depan pintu. Usai bersalam, along terus menarik tudung yang melitupi wajah comelnya dan melepaskan penat di atas sofa. Umi yang sedari tadi memerhati gelagat anak sulungnya hanya tersenyum.

Umi:    Penatnya anak umi hari ni..

Along : Yela umi..kat luar tu panas sangat. along penatla berjalan..tengok ni umi..sampai berpeluh-peluh..habis basah baju along

Umi bergerak menuju ke dapur. Tidak lama kemudian umi kembali dengan mendulang segelas jus oren bersama puding kesukaan along

Umi:    ok..along minum dulu! Ni umi ada buatkan puding kegemaran along

Along : wow bestnya..sayaaang umi. terima kasih umi (lantas meneguk jus oren hingga separuh gelas, kemudian menyuapkan puding ke mulutnya)

Umi:    sedap ke along?

Along: Eh..kalau umi yang buat..mestilah sedap! hehehe..umi, along panasla nak pakai tudung. bila peluh, rambut along jadi busuk..tak suka la umi..kenapa kita kena pakai tudung umi?

Umi agak terkejut dengan pertanyaan along. sudah lama umi mengajar along bertudung dan baru kini dia mendengar along mengeluh akan hal ini. Namun, umi sedar, along perlu diberi penerangan sewajarnya agar dia ikhlas bertudung..bukan kerana terpaksa.

Umi: along..kita bertudung kerana nak tutup aurat. orang perempuan ni macam perhiasan yang cantik dan berharga..Allah sayangkan kita, DIA tak nak kita dedahkan perhiasan kita pada semua orang..jadi kita kenala tutup untuk jaga harga diri kita.

Along : tapi umi..kalau cantik kenapa nak kena tutup..kalau cantik kena la tunjuk kat orang..baru orang nampak!

Umi:    Sebab cantikla kita kena tutup..bila cantik ramai orang tertarik, ada juga yang cemburu..jadi, macam2 perkara tak baik boleh berlaku. Along pernah pergi kedai emas tak?

Along : Pernah..kan ari tu umi belikan rantai untuk along

Umi:    emas ni mahal dan cantik..sebab tu selalunya kita simpan dia dalam bekas yang terlindung..lepas tu kunci lagi. lagi mahal emas tu lagi terlindung bekas simpanannya. bukan semua orang boleh sentuh dan tengok emas yang mahal ni..emm kalau rantai yang dijual di pasar malam pula macam mana? Along pernah tengok tak kat mana rantai tu disimpan?

Along: Kalau kat pasar malam..along tengok rantai2 disusun atas meja banyak-banyak..takde bekas pun umi..suma orang boleh tengok dan try dulu..kalau tak suka boleh letak balik dan pilih yang lain.

Umi:   ye..betul tu, rantai kat pasar malam tak perlu dijaga rapi sebab harganya murah dan tak berkualiti. bila lama dipakai, rantai tu akan luntur dan mudah rosak..kalau alongla diberi pilihan..along suka rantai yang dijual di kedai emas atau yang dijual di pasar malam?

Along: Mestilah rantai di kedai emas umi..kalau beli yang kat pasar malam cepat rosak..nanti kena beli lagi..lagipun rantai yang kat pasar malam tak cantik sangat macam yang di kedai emas

Umi:   Jadi barang yang berharga..kita kena simpan elok-elok..jangan bagi sebarangan orang tengok..kalau semua orang boleh tengok dan pegang sesuka hati..barang tu dah jadi tak bernilai..lagi kita simpan dan lindung barang tu..lagi berharga

Along: ooo macam tu rupa-rupanya..umi lagi satu..kalau rantai tak letak dalam bekas dan tak tutup, senang berhabuk kan umi..nanti susahla nak kena lap selalu..betul tak umi?

Umi:    ye betul..eh anak umi dah makin bijak la sekarang..jadi, lepas ni along nak pakai tudung tak?

Along: eh..mestila umi..along nak jadi perhiasan yang cantik dan berharga..tak nak jadi rantai yang dijual di pasar malam..mulai hari ni along tak kan merungut lagi bila pakai tudung..ok umi?

Umi:    ok..barulah boleh jadi muslimah solehah! eh dah gelap la along..macam nak hujan je..boleh tak tolong umi angkatkan baju di ampaian

Along: beres umi..takde masalah (terus berlari menuju ke pintu)

Umi:   Eh along..tak pakai tudung ke?

Along: dekat je pun kena pakai tudung ke umi?

Umi:    mestila along..itu tetap di luar rumah..kan semua orang boleh nampak. tadi along kata nak jadi perhiasan berharga..kalau berharga tak boleh didedahkan pada sebarangan orang

Along: ooo ye la..along lupa pulak (lantas berlari mencapai tudungnya dan bergegas ke luar untuk mengangkat jemuran di ampaian)

Umi tersenyum memerhatikan puteri kesayangannya…alhamdulillah semoga along menjadi muslimah sejati..doa umi di dalam hati.

September 15th, 2008 at 10:37 pm and tagged