17 Ramadhan 13 thn sblm hijrah (610 M):
ALLAH SWT menurunkan wahyu pertama (surah al-Iqra’ ayat 1-5) kepada Nabi Muhammad SAW iaitu peristiwa “Nuzul Quran”.
3 tahun sebelum hijrah (619 M):
Siti Khadijah (r.a) wafat; dikebumikan di tanah perkuburan Ma’ala di Mekah
1 Hijriyyah (Mac 623 M):
Nabi SAW memerintahkan ‘masjid dirar’ dirobohkan. Ia dibina oleh seorang munafiqin untuk memesong penduduk yang baru memeluk agama Islam di Madinah
2H (Mac 624 M):
Zakat fitrah dan zakat harta diwajibkan. Juga solat hari raya ditetapkan
2H:
Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu tentang perintah berperang jihad
17 Ramadhan 3H (2 Mac 625 M):
Perang Badr, iaitu perang jihad pertama dalam sejarah Islam. Seramai 313 tentera Islam telah (r.a) telah mengalahkan lebih 1000 pejuang musyrikin quraisy
20 Ramadhan 8H (10 Januari 630 M):
Tentera Islam menawan kota Mekah tanpa sebarang halangan atau pertumpahan darah
11H (Disember 632 M):
Siti Fatimah binti Rasulullah (r.a) wafat dan dikebumikan di Baqi’, Madinah
58H (Julai 678 M):
Isteri Nabi SAW iaitu Siti Aishah binti Abu Bakar (r.a), wafat;dikebumikan di Baqi’, Madinah
92H (Julai 711 M)
Jeneral Tariq bin Ziyad bersama 12 000 tentera menewaskan 90 000 tentera Kristian dan mendirikan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol selama 700 tahun
582H (Nov 1186 M:
Jeneral Salahuddin al-Ayyubi mengusir tentera salib Eropah keluar dari Pelestin
9 Ramadhan 1393H (6 Oktober 1973 M):
Tentera Mesir mengalahkan tentera Israel untuk membebaskan semula Semenanjung Sinai dan Wilayah Gaza di Palestin
