-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Bulan Ramadhan tiba lagi..alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberi kita kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmat Ramadhan pada kali ini. Inilah peluang kita menambahkan amal ibadat dan menghampirkan diri dengan Allah SWT. Mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Apa yang penting..jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.

Ramadhan telah diiktiraf oleh Allah SWT sebagai bulan ibadat, maka bersedialah untuk berpesta ibadah! Jika direnung dan dihayati, banyak keistimewaan dalam bulan Ramadhan ini. Pada bulan inilah al-Quran telah diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Selain puasa yang sering dikaitkan dengan Ramadhan, ibadat lain seperti zakat fitrah dan solat sunat terawih tiada pada bulan-bulan lain. Selain itu, pada bulan ini juga terdapat malam lailatul qadar yang penuh berkat. Beribadat pada malam itu lebih baik daripada beribadat seribu malam.

32

Umat Islam diberi peluang untuk beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk tanpa gangguan daripada syaitan. Amalan-amalan sunat mendapat ganjaran pahala seperti ibadat wajib dan ibadat wajib diberi ganjaran lebih tinggi daripada biasa. Bagi orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan melakukan ibadat dengan penuh keimanan dan keinsafan, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Kesempatan ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya. Ramadhan mestilah dihayati dengan berpuasa pada siang hari dan memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat seperti:

a) Sedekah
b) Tilawah dan TAdarus al-Quran
c) Iktikaf (berada di msjid dengan niat iktikaf)
d) Qiyam Ramadhan, iaitu melakukan ibadat sunat pada malam    Ramadhan seperti solat tahajjud, tilawah al-Quran, dan sebagainya
e) Solat terawih dan witir

Ramadancopybx8

September 1st, 2008 at 8:14 am and tagged