Pernah tak baca novel ni? Tautan Hati..Sebuah novel islami karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Ini adalah karangan kedua beliau, selepas SEINDAH MAWAR BERDURI yang memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja, Jubli Emas DBP 2006, kini dalam proses penerbitan.
watak utama : Asiah Yusro (contoh yang baik seorang da’i terutama bg muslimah)
watak sampingan: Elya Khadijah (kawan baik Asiah Yusro), Imtisal (pelajar uia bersama Asiah yusro yang mempunyai pelbagai masalah dan konflik dalaman), Umar Al-Mujahid (kawan sekolah Asiah yang amat meminatinya) dan Hasan Al-Bana (kawan Umar yang juga satu sekolah dengan Asiah dan Elya).
Sebenarnya dah agak lama aku baca buku ini namun baru kini tergerak hati untuk dikongsi bersama. Jika nak dibandingkan buku ini dengan “ayat-ayat cinta” dan “ketika cinta bertasbih episod 1 dan 2″ karya penulis tersohor Indonesia Habiburrahman Al-Shirazy, secara peribadi buku ini lebih menarik perhatianku. Kenapa ya? Ternyata buku ini sarat dengan pelbagai nasihat dan pendekatan dakwah.
Novel ini kupinjam daripada kak pijah dan didorong oleh najihah yang beria-ia menyuruh aku membacanya. Pada mulanya aku agak keberatan kerana memikirkan lambakan novel2 yang amat melalaikan aku selama ini tetapi setelah diyakinkan oleh kak pijah dan najihah, aku baca juga.
Walaupun hanya pada bab pertama, novel ini benar-benar dapat mengikat aku untuk menghabiskannya. Perwatakan Asiah Yusro yang digambarkan amat menarik hatiku. Ketegasannya memelihara iman di samping sifatnya lemah lembut dalam berdakwah. Ketinggian ilmunya serta kefasihannya berbicara melahirkan rasa kagumku. Mungkin ia hanya watak khayalan penulis namun inilah rijal yang ingin kita lahirkan.
Ketika pembacaanku tiba pada kisah Umar Al-Mujahid dan Hasan Al-Bana, barulah aku teringat bahawa aku pernah baca kisah ini tak lama dahulu di dalam internet tetapi tak lengkap dan tergantung. Puas aku cari sambungan serta pemulaannya tetapi masih tidak kutemui. Akhirnya segala persoalanku terjawab apabila membaca buku ini. Alhamdulillah.
Oleh itu, bagi mereka yang tercari-cari bahan bacaan yang sarat dengan unsur nasihat, dakwah dan ingin menyelami cara hidup islam sebenar..silalah baca buku ini. InsyaAllah kalian akan temui apa yang dicari.
“Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku”
Hadis Qudsi
~ Bertemu cinta dalam halaqoh~
hidup lebih indah terarah,
menyulam tautan hati kerana Allah,
terpaterilah ikatan akidah.
Puas ku rayu, puas ku seru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
akukan terus menyerumu,
pada yang satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat,
“Kita hanya penyeru, bukan penghukum”
Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu,
Akan ku teruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.
(petikan daripada “Tautan Hati”)

penah penah …
hmmm…
ihsan = umar… sesuai x?
(ps: dah lawa dah blog die sekarang)
September 9, 2008 @ 3:59 pmoo penah bgs2..nape ada jln citer mcm umar ke..
September 9, 2008 @ 9:38 pmhebat gak umar tu walaupun trgelincir seketika tp last skali..alhmdulillah!
insyaAllah Ihsan=Umar di awal & ahkhir citer bkn yg tgh2..
(ps: biasala..nk gak berasa ada blog cntik cam org len)