-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Alhamdulillah..tanggal 18-20 Disember yang lalu KRIM cawangan Kedah berjaya menganjurkan Kem Lepasan SPM seperti yang dirancangkan. Pendaftaran bermula pada pukul 4.oo petang di Kem Sintok, UUM. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan di luar jangkaan kami. Pada asalnya, kem ini seperti kurang mendapat sambutan..tetapi di saat akhir ramai peserta yang mendaftarkan diri sehingga menjadikan jumlah para peserta melebihi 60 orang.

Tuntutan kerja menyebabkan aku terlewat ke UUM. Selepas waktu kerja lebih kurang 5.30 petang, aku bertolak ke UUM dan tiba di sana pada jam 6.30 petang. Setibanya di sana pembahagian kumpulan sedang diadakan..tepat pada masanya..dan aku ditugaskan menjadi fasilitator kepada kumpulan satu. Aku menerima 6 orang ‘anak buah’ dari pelbagai latar belakang. Pada mulanya, mereka kelihatan agak pemalu dan sukar untuk berinteraksi namun selepas sesi ‘ice breaking’ mereka lebih mesra antara satu sama lain. Apatah lagi kami ditempatkan di dalam khemah yang sama..jadi ukhuwah dapat dipereratkan. Pada malam pertama, majlis perasmian diadakan. Aku amat teruja apabila para peserta menyanyikan lagu tema kem ini ‘adakah kau lupa’..liriknya benar-benar menyentuh hati dan membangkitkan semangat. Pada waktu malam juga, setiap kumpulan ditugaskan untuk berkawal secara bergilir-gilir di luar khemah. Masa itu dimanfaatkan dengan bertadarus al-Quran.

Hari kedua adalah hari yang mencabar. Para peserta dikejutkan seawal 5.15 pagi untuk qiamullail. Setelah solat dan kuliah subuh, kami menikmati sarapan pagi dan sesi pengenalan tentang pengalaman 3 orang AJK yang masing2 menyambung pelajaran di Australia dalam bidang perubatan dan kejuruteraan serta seorang lagi AJK adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kemudian, para peserta diminta bersiap sedia untuk memulakan explorace kampus UUM. Fasilitator turut berlari bersama anak buah masing-masing dan mencari checkpoint serta melakukan task yang disediakan.

Kami berhenti di checkpoint ke-4 iaitu masjid UUM untuk bersolat jumaat. Seumur hidupku..inilah pengalaman pertama mengerjakan solat jumaat dan mendengar khutbahnya di masjid. Selepas itu, kami menuju ke bilik kuliah pusat islam masjid uum untuk mengikuti sesi forum yang dipengerusikan oleh ustaz arif bersama 4 orang ahli panel daripada pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, pengajian agama islam dan akaun. Sesi ini memberi pendedahan bagi para peserta memilih halatuju mereka selepas ini. Usai solat Asar, kami bergerak ke checkpoint seterusnya di tasik dan kemudian kembali ke kawasan kem. Jarak antar checkpoint yang agak jauh menyebabkan kami keletihan.

Slot malam diisi dengan tayangan klip wahai pemuda yang memberi keinsafan dan meningkatkan semangat. Kemudian, acara night walk bermula. Kumpulan kami adalah kumpulan pertama dilepaskan meredahi kegelapan malam di tengah-tengah hutan. Sepanjang perjalanan para peserta tidak dibenarkan membuka lampu dan diminta berzikir di dalam hati. Perjalanan ini amat mencabar dan mengambil masa yang agak lama. Kami juga menerima buah tangan sebagai kenangan daripada sang pacat. Acara ini hanya berakhir pada 1.30 pagi. Kami semua tidur dalam keletihan.

Keesokan harinya bermula seperti biasa dengan qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh. Kemudian acara seterusnya ialah berkayak di tasik. Aktiviti ini amat menarik dan memberikan pengalaman yang berharga. Kami diajar beberapa teknik asas dalam berkayak oleh instructor yang terlatih. Selepas makan tengah hari dan solat zohor, slot terakhir ialah bengkel myplan. Pada waktu ini, para peserta menghabiskan masa dengan fasilitator masing-masing. Aku perlu membimbing setiap anak buah merancang tindakan mereka selaras dengan bidang yang diminati serta cita-cita. Aku juga memberi serba sedikit penerangan tentang alam universiti serta berkongsi pengalaman dalam menempuhi alam ini. Alhamdulillah..anak-anak buahku dapat menerima apa yang disampaikan dengan baik..

Kem Lepasan SPM 2008 ini berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Semoga kem ini dapat memberikan mnfaat dan menjadi tarbiyah kepada para peserta untuk berjaya di dunia dan akhirat..InsyaAllah.

December 26th, 2008 at 7:49 pm and tagged