-pErHiAsAn YaNg BaIk-
<

Gencatan senjata telah diumumkan oleh Israel terhadap Palestin (kononnyalaa..entah sampai bila ia bertahan..mungkin hanya beberapa hari, kemudian bumi Palestin akan kembali dihujani darah)..Boikot nak berhenti ke? Tidak!! Ayuh semua..teruskan memboikot barangan Israel dan semua yang ada hubungkait dengannya..

“Alamak susahla nak boikot..semua pun barang yang selalu guna”. Hmm..mula-mula memang susah..mulakan dengan memboikot coke, KFC dan adik beradiknya, McD serta Starbuck..Ini bukan barang keperluan. Tak mati pun kalau tak makan..betul tak?

Cakap-cakap juga..orang yang bagitau ni pun susah nak buat..nak boikot nokia..tapi handphone sendiri nokia..takpala..yang penting niat kita mesti betul..tak dapat boikot semua..boikotla sekadar yang termampu..InsyaAllah usaha ini ada hasilnya..

January 24th, 2009 at 7:22 am and tagged


2 Responses to “Boikot! Boikot!”
  1. 1
      Faris says:

    hi kuna. faris ada dapat emel yang mengatakan jangan boikot KFC sbb KFC Msia ni takder kaitan dengan KFC US tu dan KFC Msia fully owned by muslim. Jap yer faris copy paste emel tu..
    FYI

    i reserve my comment maybe boleh call direct # nih utk confirmation

    salam semua…

    tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak
    orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko
    berenti keja ngan KFC. ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang
    saya dapat… daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan
    masyarakat.

    untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd.
    Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
    tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd
    adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US
    mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar
    yuran penggunaan nama sahaja.

    akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
    pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha
    yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
    mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings
    (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

    Pizza Hut
    Kedai Ayamas
    RasaMas Restaurant
    Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
    Region Food Industries (Sos life)
    bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

    tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam. oleh
    itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
    orang islam malaysia ? oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
    diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.
    sama-sama kita membangunkan ekonomi orang islam. inilah dinamakan Jihad
    Bisnes.

    sekian.

    Muhamad Ammar Abdullah
    Halal Audit Executive
    KFC Holdings (M) Bhd
    03-20263388 ext 282
    012-5678443

  2. 2
      kunayanie85 says:

    salam faris..thanx 4 da info..br2 ni mmg ada dpt info psl ni..tp still xdpt pastikan kesahihannya..still rasa was2 la..so wat masa skang sy mmg dh lama x mkn KFC..mkn Radix FC la plak