-pErHiAsAn YaNg BaIk-

“TAUTAN DI HATI, UKHUWWAH BERSEMI “

Tanggal 12 Jun 2009 bersempena dengan cuti sekolah, KRIM Kedah telah menganjurkan program “Tautan Hati“ bertempat di Taman Tasik Darulaman, Jitra. Dengan bertemakan ‘Tautan di hati, Ukhuwwah bersemi’, program santai ini telah mengumpulkan para remaja daripada pelbagai latar belakang dan sekolah. Aktiviti-aktiviti menarik telah diselitkan bagi membina ukhuwwah di kalangan para peserta dan juga AJK.

Seawal jam 8.00 pagi, para peserta telah berkumpul, mendaftar dan diberi masa untuk sarapan pagi terlebih dahulu. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan alu-aluan serta tazkirah ringkas mengenai ukhuwwah. Untuk memecahkan benteng yang menghalang interaksi di antara para peserta, sesi ‘ice-breaking’ diadakan. Para peserta diminta mengingati nama dan sekolah setiap peserta, kemudian tanpa mengeluarkan suara mereka diminta menyusun diri masing-masing mengikut turutan abjad. Setiap kesalahan yang berlaku, semua peserta didenda dan diminta membetulkan urutan dalam masa yang ditetapkan. Ternyata, aktiviti ini telah berjaya mendekatkan jurang yang memisahkan mereka.

Acara diteruskan lagi dengan membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan. Beberapa permainan yang melibatkan kerjasama dan ukhuwwah telah menautkan lagi hati-hati para peserta. Setiap permainan yang diadakan mempunyai objektif yang tersendiri dan peserta diminta memberi komen usai setiap permainan tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka tak kurang juga yang kepenatan terutama selepas permainan terakhir iaitu menjaga ‘amanah’ masing-masing.

Program dirancakkan lagi dengan acara sukan air yang ditunggu-tunggu. Terik mentari langsung tidak menggugat keriangan para peserta. Masing-masing ‘mengayuh’ bot menyusuri tasik di samping menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Walaupun kaki terasa lenguh tetapi rata-rata peserta berasa gembira dan bersemangat memandangkan itu merupakan pengalaman pertama mereka.

Usai aktiviti sukan air, para peserta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu bertukar-tukar hadiah yang diselang selikan dengan teka-teki. Setiap peserta dan AJK mencabut nombor masing-masing dan menerima hadiah mengikut nombor yang telah diperolehi. Walaupun acara ini berjalan dalam suasana yang sangat sederhana namun ia tetap meriah dan yang paling penting adalah keikhlasan setiap peserta dalam memberi dan menerima hadiah masing-masing. Kemudian, setiap peserta dan AJK diberi peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing berkenaan program “ Tautan Hati “ ini. Sebelum pulang, perut diisi terlebih dahulu dengan makan tengah hari yang telah disediakan dan seperti yang dirancangkan program berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Alhamdulillah..walaupun program ini hanya mengambil masa yang singkat, diharapkan para peserta mendapat manfaat yang sewajarnya. Semoga tautan di hati ini membawa kepada berseminya sebuahukhuwwah dan akan terus bersemi serta mekar selamanya.. InsyaAllah.

June 14th, 2009 at 7:31 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Thursday, January 22, 2009


“Enti sudi jadi isteri kedua ana?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka enta sudah beristeri! enta jahat! Sanggup mempermainkan hati ana. Enta ingat ana tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Ana ingat kita lama berBM, enta masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud ana……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… …………”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Enta nampak macam alim, tapi sanggup menipu ana. Dan enta sanggup melamar ana menjadi isteri kedua enta.Enta ingat ana ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“ Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Enti sudi jadi isteri kedua ana?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa ana?” tanya Fikri ingin tahu.
“Ana ingin membantu gerak kerja dakwah enta,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!! !

January 29th, 2009 at 9:39 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Seia cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Terkadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh teman….

(lagu yang mengiringi pemergian jihah)

January 13th, 2009 at 7:43 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
” Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…

November 14th, 2008 at 8:27 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Hari demi hari berlalu..diam tak diam sudah sebulan aku melangkah ke alam pekerjaan..alam yang penuh cabaran dan tanggung jawab. Kini aku ditempatkan di unit farmasi klinik pakar @ outpatient. Dalam banyak2 unit..unit ini yang paling sibuk dan tidak digemari sebenarnya. Berada di kaunter benar-benar menguji kesabaran, kecekalan dan kecekapan. Situasi yang sangat bertentangan dengan klinik kesihatan. Di sini kami harus cepat belajar dan bertindak sendiri..Hari pertama, aku masih terkial-kial untuk menyesuaikan diri dan mempelajari sistem komputer tetapi hari seterusnya alhamdulillah aku dah dapat biasakan diri. Walaupun baru seminggu di sini..pengalaman berdepan dengan karenah pesakit yang pelbagai ragam sudah melalikan aku. Apa yang penting..tebalkan muka dan lemparkan senyuman. Namun, yang menariknya..di sini..aku langsung tak sedar masa berlalu..tengok jam kali pertama waktu rehat dan yang kedua waktu balik. Doaku semoga kesibukan ini tidak melalaikan aku daripada terus mengingati Allah.

PRP di sini juga dibahagikan tugas untuk on call dan terapi gantian methadone. On call aku selama seminggu pada hujung bulan ini..so, setiap hujung minggu aku perlu ke hospital untuk mempelajari tugasan on call seperti ward supply dan TDM..Jika tidak semasa on call aku akan menghadapi masalah besar kerana tiada siapa yang akan membantu pada ketika itu. Aku juga dah melalui pengalaman berdepan dengan penagih dadah seramai kira-kira 90 orang di klinik methadone. Pada mulanya, aku memang risau..tapi terpaksa kuatkan semangat..pelbagai ragam dan sikap pesakit benar-benar menginsafkan diri dan membuatkan aku berfikir panjang. Kenyataannya..majoriti yang menyertai program ini adalah orang kita..orang melayu dan beragama islam. Sejujurnya..aku tidak tahu sama ada pemberian methadone ini benar-benar berkesan atau sebaliknya..Niatku adalah untuk membantu mereka tetapi jika mereka tidak membantu diri sendiri..program ini hanyalah sia-sia. Apa yang penting.. mereka sendiri ingin berhenti dan membersihkan diri sendiri.

Hari akan terus berlalu dan aku tak akan berpeluang untuk menoleh lagi..Walaubagaimanapun aku masih mencari dan terus mencari diri sendiri..Aku memohon kekuatan diri untuk istiqamah dalam perjuangan..Antara 10 muwasaffat tarbiyah ialah menjaga masa dan tersusun urusannya..jadi aku perlu terus memperbaiki diri..Semoga kesibukan dunia ini tidak melalaikan aku daripada mengingati akhirat yang kekal abadi..Amin

November 6th, 2008 at 11:12 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Ayuh ukur diri sendiri..muhasabah diri..agak2nya berapa % yang kita miliki??

hmm…berapa % ye? 60%? 50%? haa 20%?? so, kalau dah tau nilaian diri..jom sama2 kita tingkatkan diri..

October 17th, 2008 at 8:22 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Salam aidilfitri buat semua..rasanya dah lama sangat tak luangkan masa menulis dalam blog ini. sibuk keja! hmm alasan..tahun ni kami beraya kat alor star ja. so macam biasa raya pertama kami berkunjung ke rumah sanak saudara sekitar alor star. lebih kurang 10 buah rumah yang kami kunjungi menyebabkan perut penuh terisi. seronok sangat dapat berkumpul dan berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak bertemu. Alhamdulillah! semoga aidilfitri ini tidak menghakis tarbiyyah ramadhan yang lalu malah mendekatkan lagi diri kita padaNya.

Raya kedua pula hari menerima tetamu..ramai tetamu yang datang ke rumah. Tak menang tangan juga kami dibuatnya. Raya ketiga merupakan hari berkonvoi dengan kawan-kawan. hmm..raya sakan la tahun ni.

Sedar tak sedar dah raya kelima. Hari ni dah kena lapor diri di jabatan kesihatan negeri kedah..berdebar-debar gak nak tau dapat hospital mana. Alhamdulillah dapat hospital sultanah bahiyah. Lepas lapor diri di hospital, kami diberi jadual penempatan untuk sebulan ni dan aku ditempatkan di klinik kesihatan bandar..minggu pertama kerja memang stress sangat..sorang2 ja prp kat klinik kshtn ni.. nak ingat balik ubat-ubat yang dah lupa dan ulang alik dari hospital ke klinik ksihatan. minggu depan dah mula duty lunch call, kerja smpai pkl 10 malam dan kerja hujung minggu. pastu on call pun dah nak start..kepala ni rasa berat sangat..tiba-tiba aku rasa rindu sangat masa belajar..rindukan kawan2 dan pensyarah. terukkan..dulu masa belajar tak sabar nak kerja tapi bila dah kerja nak balik masa belajar pulak..inilah manusia..tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada..astaghfirullah.

Hujung minggu adalah hari terbaik untukku menghilangkan stress keja. Pada 11 Oktober yang lalu isma kedah menganjurkan jamuan hari raya di jitra. jamuan ni sangat meriah..pertemuan dengan akhawat kembali menceriakan dan meningkatkan semangatku. alhamduillah berkat nasihat najihah, bija, kak muri dan ramai akhawat lain benar-benar memberikan sinar baru buat diriku untuk menempuh hari-hari yang semakin mencabar.

Syukur ke hadrat Illahi..minggu kedua kutempuhi dengan lebih gembira..aku dah dapat menyesuaikan diri sendiri..minggu ni adalah minggu jamuan raya..hampir setiap hari kami diundang ke jamuan raya di beberapa unit di hospital dan pejabat kesihatan. sabtu minggu depan kena keja smpai pkl 10 malam..kalau difikir sangat memang tertekan tapi sekarang aku hanya berlapang dada..InsyaAllah..aku akan cuba berkhidmat sebaik mungkin. buat kawan2 semua..selamat berjuang..jangan cpt brputus asa..caiyok2..akhir sekali masih belum terlambat rasanya untukku ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.

October 16th, 2008 at 9:41 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (3) | Permalink

“Kau penakut! kau pengecut!”

“taaak…aku bukan penakut! aku bukan pengecut!”

“kalau bukan penakut dan pengecut..istilah apa lagi yang boleh diberi kepada orang yang lembik macam kau ni haa??”

“siapa kata aku lembik..taaak!”

“tak kau kata..baru dapat ujian sikit..baru disergah sikit..dah menangis! dah nak menyerah kalah!”

“kau tak faham! takde sesiapa yang faham masalah aku..takde sesiapa cuba memahami aku! arrrghh kau pun sama saja!”

“kenapa kau nak salahkan orang lain sebab tak memahami kau..ada kau cuba memahami orang lain? okla..tak payah orang lain laa..kau sendiri! kau faham tak dengan diri kau?? kau dah betul-betul kenal dengan diri sendiri?”

“errr..kau cakap apa ni..mmessti laa aakku fffaahaamm.”

“kalau betul faham..kenapa kau teragak-agak? kau yakin tak dengan apa yang kau buat ni? kau yakin tak..nak pikul tanggungjawab berat ni? yakin taak?”

(senyap seketika)

“aku tak tau! taak tau! sudah diam! jangan ganggu aku!”

“tengokla diri kau sendiri..kau asyik nak lari dari masalah..kau tak pernah cuba nak selesaikan..kau ingat kalau lari, masalah kau akan selesai..masalah kau lagi teruk..tau tak!”

“kenapa dengan kau ni? kenapa nak cari pasal dengan aku…sudahla jangan ganggu aku!”

“dasar pengecut macam ni la..kononnya nak jadi anak singa yang berani..kau ni..nak jadi anak kucing pun tak layak..tau tak?? langsung takde keyakinan diri..langsung tak bersemangat! tak pandai berdikari! cerminla diri tu sikit..kalau kau macam ni..kau ingat orang akan yakin dengan kau..jangan harap!”

“taak..aku yakin..aku semangat! aku bukan penakut atau pengecut! aku yakin dengan diri sendiri..aku yakin dengan segala anugerah yang Allah kurniakan pada aku..aku pun ada potensi diri sendiri..aku bukan orang tak guna! aku pun ada kehebatan sendiri..kau yang tak tau..kau yang tak nampak! jangan nak tuduh aku sebarangan.”

“huh..cakap saja tak guna..buktikan..buktikan kau bukan PENAKUT..buktikan kau bukan PENGECUT! buktikan!

“kau jangan cabar aku…tengokla..aku akan buktikan! kau akan telan balik segala kata-kata tu..aku kan berjaya! ingat tu..aku akan BERJAYA!

“ok..kita tengok nanti.”(tersenyum)

“baik..tengokla nanti.”

(Ya Allah..hambaMu dengan rasa kerdil dan rendah diri memohon padaMu..berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hidup ini..tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaanMu..hanya padaMu tempat aku mengadu dan hanya padaMu tempatku bergantung harap..ampunilah dosa-dosaku andai aku terlalai dan terleka..aku mengharapkan redhaMu Ya Rabbal A’lamin).

September 23rd, 2008 at 10:33 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

(along 9 tahun)

Along baru pulang dari sekolah..umi membuka pintu lantaran mendengar suara along memberi salam. Along mencapai tangan umi dan bersalam di depan pintu. Usai bersalam, along terus menarik tudung yang melitupi wajah comelnya dan melepaskan penat di atas sofa. Umi yang sedari tadi memerhati gelagat anak sulungnya hanya tersenyum.

Umi:    Penatnya anak umi hari ni..

Along : Yela umi..kat luar tu panas sangat. along penatla berjalan..tengok ni umi..sampai berpeluh-peluh..habis basah baju along

Umi bergerak menuju ke dapur. Tidak lama kemudian umi kembali dengan mendulang segelas jus oren bersama puding kesukaan along

Umi:    ok..along minum dulu! Ni umi ada buatkan puding kegemaran along

Along : wow bestnya..sayaaang umi. terima kasih umi (lantas meneguk jus oren hingga separuh gelas, kemudian menyuapkan puding ke mulutnya)

Umi:    sedap ke along?

Along: Eh..kalau umi yang buat..mestilah sedap! hehehe..umi, along panasla nak pakai tudung. bila peluh, rambut along jadi busuk..tak suka la umi..kenapa kita kena pakai tudung umi?

Umi agak terkejut dengan pertanyaan along. sudah lama umi mengajar along bertudung dan baru kini dia mendengar along mengeluh akan hal ini. Namun, umi sedar, along perlu diberi penerangan sewajarnya agar dia ikhlas bertudung..bukan kerana terpaksa.

Umi: along..kita bertudung kerana nak tutup aurat. orang perempuan ni macam perhiasan yang cantik dan berharga..Allah sayangkan kita, DIA tak nak kita dedahkan perhiasan kita pada semua orang..jadi kita kenala tutup untuk jaga harga diri kita.

Along : tapi umi..kalau cantik kenapa nak kena tutup..kalau cantik kena la tunjuk kat orang..baru orang nampak!

Umi:    Sebab cantikla kita kena tutup..bila cantik ramai orang tertarik, ada juga yang cemburu..jadi, macam2 perkara tak baik boleh berlaku. Along pernah pergi kedai emas tak?

Along : Pernah..kan ari tu umi belikan rantai untuk along

Umi:    emas ni mahal dan cantik..sebab tu selalunya kita simpan dia dalam bekas yang terlindung..lepas tu kunci lagi. lagi mahal emas tu lagi terlindung bekas simpanannya. bukan semua orang boleh sentuh dan tengok emas yang mahal ni..emm kalau rantai yang dijual di pasar malam pula macam mana? Along pernah tengok tak kat mana rantai tu disimpan?

Along: Kalau kat pasar malam..along tengok rantai2 disusun atas meja banyak-banyak..takde bekas pun umi..suma orang boleh tengok dan try dulu..kalau tak suka boleh letak balik dan pilih yang lain.

Umi:   ye..betul tu, rantai kat pasar malam tak perlu dijaga rapi sebab harganya murah dan tak berkualiti. bila lama dipakai, rantai tu akan luntur dan mudah rosak..kalau alongla diberi pilihan..along suka rantai yang dijual di kedai emas atau yang dijual di pasar malam?

Along: Mestilah rantai di kedai emas umi..kalau beli yang kat pasar malam cepat rosak..nanti kena beli lagi..lagipun rantai yang kat pasar malam tak cantik sangat macam yang di kedai emas

Umi:   Jadi barang yang berharga..kita kena simpan elok-elok..jangan bagi sebarangan orang tengok..kalau semua orang boleh tengok dan pegang sesuka hati..barang tu dah jadi tak bernilai..lagi kita simpan dan lindung barang tu..lagi berharga

Along: ooo macam tu rupa-rupanya..umi lagi satu..kalau rantai tak letak dalam bekas dan tak tutup, senang berhabuk kan umi..nanti susahla nak kena lap selalu..betul tak umi?

Umi:    ye betul..eh anak umi dah makin bijak la sekarang..jadi, lepas ni along nak pakai tudung tak?

Along: eh..mestila umi..along nak jadi perhiasan yang cantik dan berharga..tak nak jadi rantai yang dijual di pasar malam..mulai hari ni along tak kan merungut lagi bila pakai tudung..ok umi?

Umi:    ok..barulah boleh jadi muslimah solehah! eh dah gelap la along..macam nak hujan je..boleh tak tolong umi angkatkan baju di ampaian

Along: beres umi..takde masalah (terus berlari menuju ke pintu)

Umi:   Eh along..tak pakai tudung ke?

Along: dekat je pun kena pakai tudung ke umi?

Umi:    mestila along..itu tetap di luar rumah..kan semua orang boleh nampak. tadi along kata nak jadi perhiasan berharga..kalau berharga tak boleh didedahkan pada sebarangan orang

Along: ooo ye la..along lupa pulak (lantas berlari mencapai tudungnya dan bergegas ke luar untuk mengangkat jemuran di ampaian)

Umi tersenyum memerhatikan puteri kesayangannya…alhamdulillah semoga along menjadi muslimah sejati..doa umi di dalam hati.

September 15th, 2008 at 10:37 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

(along 6 tahun)

Umi memandang along yang sedang asyik menonton televisyen tanpa menyedari kehadirannya. Dia tersenyum sendiri..mencari kata-kata yang sesuai untuk memulakan bicara.

umi : along..along tengok citer apa tu?

along : umi..along tengok citer ultraman..best tau umi! jomla tengok skali (tanpa mengalihkan pandangan dari tv..khusyuk benar lagaknya)

umi : ultraman ni siapa ye..macam mana citernya..cuba along bagitau kat umi..umi tak tau la

along : ultraman ni kuat umi..dia boleh lawan ngan raksasa..suma raksasa mati bila lawan dengan dia. dia ada kuasa magic..wah bestnya!

umi : ye ke?

along : iyee umi..ultraman ni baik..dia suka tolong orang yang susah. diala hero along..nanti kalau ada orang jahat kacau, along panggil ultraman! umi jangan risau, kalau ultraman ada..orang jahat tak berani kacau kita. umi nanti kan umi beli beg tadika along, kasut, baju suma yang ada ultraman ye..

Umi menggelengkan kepalanya. besar sekali pengaruh tv kepada kanak-kanak..meracun dan mempengaruhi fikiran mereka sedikit demi sedikit. umi mencari ayat-ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada along

umi : along..kalau along nak tau ultraman ni tak kuat pun

along : eh..takla umi..kuaaaat! tak caya umi cuba tengok tu..dia lawan ngan raksasa tu sampai meletup..haa padan muka raksasa tu dah hancur

umi : tapi kan along sebenarnya ultraman tu bukan betul pun..dia pakai topeng je..pastu kuasa tu pun takde..dia manusia biasa macam kita juga

along : tapi umi..along tengok macam betul ja

umi : memangla..diorang guna komputer hasilkan kuasa2 tu tapi sebenarnya takde pun. lagipun mana ada raksasa..along penah ke nampak raksasa atau ultraman kat luar?

Along menggeleng-gelengkan kepalanya..suasana hening seketika..along mendiamkan diri..mungkin sedang memikirkan kata-kata uminya

along : oooo jadi sebenarnya citer ni tipula ye umi..ish3 buat penat jer along tunggu nak tengok tiap-tiap minggu. along tak nakla tengok lagi..(lantas terus menutup tv)..alaa along ingatkan ultraman boleh tolong along kalau along susah..rupa-rupanya tipu jer..nanti kalau along susah sape nak tolong?

umi : Kalau along susah..mintak doa pada Allah..InsyaAllah DIA akan tolong. along kena ingat..sebagai orang Islam kita kena yakin pada kekuasaan Allah. Allah maha besar..maha berkuasa..takde sape2 pun yang lebih berkuasa melainkan Allah

along : emm ustazah kat tadika pun cakap macam tu..tapi hari tu along nak periksa kat tadika..along mintak doa supaya dapat A..tapi along dapat B la umi. Kenapa Allah tak tolong along pun?

umi : hmmm bagusla kalau along berdoa..along berdoa berapa kali?

along : sekali je la sebelum nak jawab periksa tu

umi : along baca buku tak sebelum periksa

along : baca..tapi tak sempat habis..along tengok citer ultraman masa tu sebab tu tak sempat. pastu along ingat pesan ustazah dan umi..kalau susah mintak tolong pada Allah..along pun doala

Sekali lagi umi tersenyum..

umi : haa..sebenarnya along, doa memangla doa tapi kita kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang kita nak baru Allah perkenankan doa kita. Lagi satu..tak bolehla doa sekali je..kena doa banyak kali..dan tak boleh hanya ingatkan Allah waktu susah je..waktu senang pun kena ingat juga!

along : macam tu ke umi..ok lain kali along doa banyak2, pastu belajar betul2..along dah taknak tengok citer ultraman lagi! ooo baru along ingat kalau kita tengah gembira..kita kena ucap alhamdulillah..betul tak umi?

umi : betul..pandainya along..macam ni lah anak umi!

September 14th, 2008 at 10:18 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink