-pErHiAsAn YaNg BaIk-

Pernah tak baca novel ni? Tautan Hati..Sebuah novel islami karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Ini adalah karangan kedua beliau, selepas SEINDAH MAWAR BERDURI yang memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja, Jubli Emas DBP 2006, kini dalam proses penerbitan.

watak utama : Asiah Yusro (contoh yang baik seorang da’i terutama  bg muslimah)

watak sampingan: Elya Khadijah (kawan baik Asiah Yusro), Imtisal (pelajar uia bersama Asiah yusro yang mempunyai pelbagai masalah dan konflik dalaman), Umar Al-Mujahid (kawan sekolah Asiah yang amat meminatinya) dan Hasan Al-Bana (kawan Umar yang juga satu sekolah dengan Asiah dan Elya).

Sebenarnya dah agak lama aku baca buku ini namun baru kini tergerak hati untuk dikongsi bersama. Jika nak dibandingkan buku ini dengan “ayat-ayat cinta” dan “ketika cinta bertasbih episod 1 dan 2″ karya penulis tersohor Indonesia Habiburrahman Al-Shirazy, secara peribadi buku ini lebih menarik perhatianku. Kenapa ya? Ternyata buku ini sarat dengan pelbagai nasihat dan pendekatan dakwah.

Novel ini kupinjam daripada kak pijah dan didorong oleh najihah yang beria-ia menyuruh aku membacanya. Pada mulanya aku agak keberatan kerana memikirkan lambakan novel2 yang amat melalaikan aku selama ini tetapi setelah diyakinkan oleh kak pijah dan najihah, aku baca juga.

Walaupun hanya pada bab pertama, novel ini benar-benar dapat mengikat aku untuk menghabiskannya. Perwatakan Asiah Yusro yang digambarkan amat menarik hatiku. Ketegasannya memelihara iman di samping sifatnya lemah lembut dalam berdakwah. Ketinggian ilmunya serta kefasihannya berbicara melahirkan rasa kagumku. Mungkin ia hanya watak khayalan penulis namun inilah rijal yang ingin kita lahirkan.

Ketika pembacaanku tiba pada kisah Umar Al-Mujahid dan Hasan Al-Bana, barulah aku teringat bahawa aku pernah baca kisah ini tak lama dahulu di dalam internet tetapi tak lengkap dan tergantung. Puas aku cari sambungan serta pemulaannya tetapi masih tidak kutemui. Akhirnya segala persoalanku terjawab apabila membaca buku ini. Alhamdulillah.

Oleh itu, bagi mereka yang tercari-cari bahan bacaan yang sarat dengan unsur nasihat, dakwah dan ingin menyelami cara hidup islam sebenar..silalah baca buku ini. InsyaAllah kalian akan temui apa yang dicari.

“Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku”
Hadis Qudsi

~ Bertemu cinta dalam halaqoh~
hidup lebih indah terarah,
menyulam tautan hati kerana Allah,
terpaterilah ikatan akidah.

Puas ku rayu, puas ku seru,
jawapanmu tetap yang dulu.
Oh sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
akukan terus menyerumu,
pada yang satu.
Ku genggam kukuh suatu azimat,
“Kita hanya penyeru, bukan penghukum”
Ya Allah, ku harap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu,
Akan ku teruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.

(petikan daripada “Tautan Hati”)

September 7th, 2008 at 10:42 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah ia kalah atau menang, atau terus menghadapi pertarungan itu. Pertarungan itu adalah pertarungan yang sengit dan berterusan hinggalah beliau menemui ajal.

Dalam pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu. Inilah golongan orang-orang kafir dan orang-orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka

2. Golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadang kala meraka menang dan kadang kala mereka kalah. Apabila tersalah, mereka akan bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka mnyesal dan memohon keampunan Allah

3. Golongan yang maksum seperti para rasul dan nabi

Sendi-sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa ialah:

1. HATI: Hati akan menjadi sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup, lembut, bersih dan cekal

2. AKAL: Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat, mengetahui sesuatu, dapat membezakan sesuatu dan dapat menyedut sesuatu daripada ilmu yang kelak akan digunakan untuk mencapai tempat yang hampir dengan Allah, mengetahui kekuatan dan kebesaran Allah. Akal mukmin yang sedar dapat membezakan di antar baik dan buruk, halal dan haram, maaruf dan mungkar, kerana mukmin yang sedar itu melihat perkara ini dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat sesuatu di sebalik tutup yang halus

Antara tanda-tanda ketewasan jiwa ialah:

1. Apabila hati telah mati dan menjadi keras

2. Apabila akal itu padam dan tiada cahaya atau menyeleweng

3. Apabila manusia tewas dalam pertarungan dengan syaitan dan terbukalah pintu-pintu masuk bagi segala kejahatan ke dalam jiwanya

Apabila benteng pertahanan jiwa manusia itu runtuh maka syaitan akan menjadi sahabat karib kita.

Untuk membantu manusia menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara sebagai penolongnya bertahan dalam pertarungan dengan syaitan dan membolehkannya menewaskan musuh ketatnya itu. Perkara-perkara itu telah dirumuskan oleh salah seorang daripada para salihin denagn katanya: ” kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya melalui sepuluh pintu:

1. Tamak dan jahat sangka lantas ia dihadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berikhtiar

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas dihadapinya denagn rasa takut terhadap kedatangan maut dengantiba-tiba

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas ia dihadapi dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk

4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lantas dihadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan takutkan balasan akhirat

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas ia dihadapi dengan mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka

6. Hasad, lantas dihadapanya dengan sifat qanaah ( berpuas hati dengan apa yang ada setelah berikhtiar) dan redha dengan pemberian Allah

7. Riya’ dan sukakan pujian manusia lantas ia dihadapi dengan rasa ikhlas

8. Bakhil, lantas dihadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal

9. Takabbur, lantas ia dihadapi dengan sifat tawadhu’

10. Tamak, lantas ia dihadapi dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia

Di antara benteng-benteng terhadap hasutan syaitan ialah dengan membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar.

(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)

September 3rd, 2008 at 8:41 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Untuk menjadi benar-benar muslim bukan sahaja dari sudut akidah, ibadah dan akhlak malah dalam institusi keluarga. Tidak cukup setakat kita seorang sahaja menganut Islam dan mematuhinya tanpa mempedulikan orang di sekeliling kita kerana antara kesan-kesan yang ditiupkan oleh Islam dan diresapkan ke dalam hati seseorang apabila ia benar2 beriman ialah perasaan tanggungjawab terhadap orang lain, menyeru dan menasihati mereka.

Langkah pertama yang sejajar dengan tabiat agama Islam ialah dengan membentuk rumahtangga muslim. Kita bertanggungjawab menegakkan Islam di dalam masyarakat rumahtangga yang kecil ini. Islam perlu disampaikan kepada isteri, anak-anak dan kemudian kepada kaum kerabat.

Baitulmuslim2_1

Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab yang dapat memudahkan kita menunaikan tanggungjawab dalam usaha kita untuk mencapai matlamat tersebut. Di antaranya ialah:

1. Perkahwinan mestilah kerana Allah yakni dengan tujuan membina sebuah rumahtangga muslim, melahirkan keturunan yang soleh, keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu berterusan

2. Tujuan berkahwin adalah untuk menjaga pandangan serta memelihara kehormatan di samping dapat bertakwa kepada Allah. Berkahwin adalah untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama

3. Mestilah bijak memilih isteri (pasangan) yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring sejalan kita

4. Hendaklah memilih isteri yang berakhlak dan berpegang teguh kepada agama sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain.

5. Mestilah menjauhkan diri daripada mencanggahi perintah Allah dalam perkara2 tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabNya

Tanggungjawab tidak terhenti dengan perkahwinan malah ia permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Antara kewajipan selepas berumahtangga ialah:

1. Bersikap baik terhadap isteri

2. Hubungan tidak terbatas kepada hubungan syahwat, malah hubungan ini mestilah mewujudkan persefahaman dalam pemikiran,jiwa dan kasih sayang.

3. Hubungan mestilah dalam batas lingkungan syarak, tidak menjatuhkan nama baik Islam atau perkara2 yang diharamkan

Pada hakikatnya kejayaan dalam perkahwinan serta kejayaan mencanaikan suami isteri dalam acuan Islam dapat menolong usaha mendidik anak2 dengan tarbiyyah Islamiah yang diharapkan.

Anak_soleh_123

Harapan sebenar daripada rumah tangga Islam ialah untuk mewujudkan suatu generasi yang soleh. Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Apabila mendapat tarbiah yang baik mereka akan menjadi soleh dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat soal pentarbiahan anak-anak untuk melahirkan generasi Islam yang gemilang.

(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)


September 2nd, 2008 at 9:24 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Akhlak mulia adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan oleh rasulullah SAW dalam hadisnya:

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

Dalam Islam, akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat. Tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Antara sifat-sifat akhlak yang perlu dimiliki sehingga benar-benar Islam dari sudut akhlaknya ialah:

1. Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara syubhah. Seorang muslim mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara syubhah

2. Menundukkan pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang itu terjatuh ke dalam maksiat dan dosa

381780437l_1

3. Memelihara lidah daripada perkataan yang tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat yang keji serta bercakap kosong, mengumpat dan mengadu domba.

4. Bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malu itu tidak menghalang kita daripada memperkatakan kebenaran. Termasuk juga pengertian malu itu perbuatan menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dengan apa yang ada setelah diusahakan dan lain-lain. Dalam hubungan sifat malu ini, para ulama telah mengatakan ” sifat malu pada hakikatnya suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalangnya daripada mencuaikan hak orang lain. ”

5. Lemah lembut dan sabar adalah antara sifat-sifat yang harus wujud dan menonjol dalam diri seorang muslim.  Ini kerana amal-amal islam penuh dengan perkara yang tidak digemari, demikian juga perjalanan dakwah penuh dilingkungi dengan pelbagai kesusahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan dan penghinaan. Segala batu penghalang yang dihadapi mampu memudarkan semangat serta melemahkan gerakan dakwah. Oleh itu, kesabaran yang sungguh kebal dan sifat lemah lembut amat diperlukan.

6. Bersifat benar, tidak berdusta, mengatakan sesuatu yang hak sekali pun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusia demi kepatuhan kepada Allah.

7. Bersifat tawaduk terutamanya di kalangan saudara-saudara Islamnya. Rasulullah telah bersabda ” Tidak akan dimasukkan ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat takbur. ”

8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, mencari keburukan orang lain.

9. Bersifat pemurah, mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah.

10. Hendaklah menjadi qudwah hasanah bagi orang ramai. Segala tindak tanduk seorang muslim itu menjadi terjemahan kepada semua prinsip-prinsip islam, baik dalam tata tertibnya, makannya, minumnya, pakaiannnya, percakapannya dalam keadaan damai, dalam masa mengembara dan bermukim juga seluruh gerak dan diamnya.

(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)

Icover4_1

September 1st, 2008 at 7:17 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku sekali-kali tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak menkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.” ( Adz- Dzaariyaat: 56-57)

Berdoa


Untuk menjadikan kita seorang muslim dalam seluruh peribadatan, kita haruslah melakukan perkara2 berikut:

1. Menjadikan seluruh ibadat kita hidup dan berhubung terus dengan Allah sebagai tempat mengabdikan diri (martabat ihsan dalam ibadat).

2. Ibadat yang dilakukan haruslah merupakan ibadat yang khusyuk yakni dapat merasakan kepanasan hubungan dengan Allah serta merasakan kelazatan dari ibadat yang khusyuk.

3. Sewaktu melakukan ibadat, kita mestilah menghadirkan diri dan hati (di hadapan Allah), membebaskan diri dari urusan dan kepentingan dunia.

4. Dalam melakukan ibadat, kita hendaklah berasa tamak yang tidak berkecukupan dan rakus yang tidak merasa kenyang.

5. Kita mestilah mengambil berat melakukan qiamullail dan mengasuh diri melakukan qiamullail sehingga ia menjadi kebiasaan kerana ia merupakan perkara yang paling kuat dapat memelihara iman.

6. Kita haruslah menetukan masa-masa tertentu untuk membaca dan mengamati al-Quran terutamanya di waktu fajar kerana

” Sesungguhnya bacaan di waktu fajar itu disaksikan (oleh para malaikat).”  (Al-Isra’ : 78)

Kita mestilah membaca al-Quran dengan penuh tadabbur (penuh perhatian), berfikir dan dukacita.

7. Kita mestilah menjadikan doa sebagai mi’raj kepada Allah dalam semua urusan, kerana doa adalah otak bagi segala ibadat. Dalam berdoa kita hendaklah memilih doa-doa yang ma’thur (yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.).

118_1

(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)

August 31st, 2008 at 6:47 pm and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Untuk menjadikan akidah kita benar-benar diktiraf sebagai akidah seorang muslim, kita mestilah..

1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

2. Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia2 dan main2 yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat2 kesempurnaan.

3. Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia dan ke mana akhirnya penghidupan mereka.

4. Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat2Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

5. Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan ganjaran seksaan bagi orang2 kafir.

6. Mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya tetapi hakikatnya kebaikan itu adalah taufik dan pertolongan Allah…begitu juga kejahatan adalah atas kehendak Allah.

7. Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang2 adalah hak mutlak bagi Allah. Syariat ini tidak boleh dilanggar dan satu2nya yang harus bagi Muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum2 dari nas2 syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri.

8. Mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama2 dan sifat2 yang layak bagi Allah.

9. Berfikir tentang makhluk ciptaan allah, bukan tentang zat Allah.

10. Mengenal sifat2 Allah sseperti mana di dalam ayat2 Al-Quran yang menunjukkan sifat2 Allah dan kesempurnaan sifat uluhiyyahNya.

11. Berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara2 seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

12. Mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

13. Takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah. Ketakutan kepada Allah itu seharusnya mendorong kita menjauhkan diri daripada perkara2 yang dimurkai dan diharamkan Allah.

14. Sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah.

15. Mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati kita sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.

16. Bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan dan bergantung kepada Allah dalam semua perkara.

17. Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.

18. Meminta ampun daipada Allah dan sentiasa bertaubat (beristighfar) kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping memperbaharui taubat dan iman.

19. Sentiasa dalm keadaan bermuraqabah terhadap Allah, baik dalam keadaan terang atau tersembunyi.

(dipetik dari buku “Apa Ertinya saya Menganut Islam?” karangan Fathi Yakan)


August 30th, 2008 at 9:37 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Entah mengapa fikiranku begitu bercelaru..perkara itu sering menyesakkan hatiku..kini kurasakan bagaikan terdapat batu berat yang sedang menghempapku dan bagaikan ada rantai yang besar sedang membelenggu kaki dan tanganku..apa yang harus kulakukan?..aku tak tahu..aku tak pasti..

Puas kucuba sibukkan diri..puas kucuba ukirkan senyuman..aku telah berusaha untuk tidak memikirkannya..namun aku masih belum berjaya sepenuhnya. Perkara itu masih terbayang-bayang di mindaku..

Aku tahu..aku tak sepatutnya lari dari masalah..semakin jauh kularikan diri..semakin dekat ia menghampiri aku. aku sedar yang aku perlu menghadapinya..suka ataupun tidak inilah takdirnya..walau sukar untuk kupercaya..inilah takdirnya..aku redha..

Kini, aku telah nekad untuk menghadapi masalah ini..aku tak akan larikan diri lagi..aku mempunyai tanggungjawab besar untuk dilaksanakan..jujur kukatakan bahawa aku masih tidak tahu apa yang harusku lakukan..tetapi aku akan cuba lakukan sesuatu..sesuatu?? entah aku tak pasti..

mungkin masalah yang lebih besar akan timbul..jadi aku perlu lebih bersedia..aku mesti kuatkan diri untuk menghadapinya..Biar apapun yang akan terjadi selepas ini, aku perlu menerimanya..mungkin inilah jalan yang terbaik..Ya Allah..betulkah apa yang akan kulakukan ini?? Ya Rab..tunjukkanlah aku jalan untuk menghadapi dugaan ini..

March 11th, 2008 at 3:36 am and tagged  | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Ke hadapan adik-adikku yang dikasihi..semoga berada di bawah rahmat dan keredhaan Illahi. terlebih dahulu kakak ingin memohon maaf sekiranya kehadiran warkah ini menyesakkan hati dan mengganggu fikiran kalian semua..bukanlah niat kakak untuk melihat adik-adik kakak sedih tetapi entah mengapa kakak terpanggil untuk menukilkan warkah ini..khas buat kalian semua.

adik-adikku yang dikasihi,

jujur kakak katakan bahawa kakak bukanlah kakak yang terbaik..mungkin kalian mendambakan seorang kakak yang lebih memahami dan menjadi contoh terbaik kepada kalian..tetapi maaf sekiranya kakak bukanlah orang itu..namun percayalah walau apa pun  kakak amat menyayangi dan mengambil berat pada adik-adik semua.

adik-adikku,

mungkin kakak selalu menegur kalian dan kadang-kadang meninggikan suara pada kalian tetapi kakak lakukan demi kebaikan kalian juga. niat kakak hanya satu..kakak harapkan adik-adik kakak berjaya..bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah berjaya memimpin diri kalian sebagai muslim sejati..kakak tidak mahu kalian menyesal di kemudian hari.

kakak semakin bimbang apabila terbaca mengenai gejala sosial yang melanda remaja pada zaman sekarang di dada-dada akhbar..tak dapat dibayangkan sekiranya adik-adik kakak ini adalah sebahagian daripada mereka..nauzubillah..mungkin kakak terlalu risau tetapi hakikatnya..semua ini boleh berlaku dan sebelum ia berlaku..sama-samalah kita menghindarinya..

adik-adikku sekalian,

kakak sendiri punya pelbagai kekurangan dan kelemahan..mungkin kakak bukanlah orang yang layak untuk menasihati kalian tetapi ambillah nasihat ini..ikhlas daripada seorang kakak yang amat menyayangi adik-adiknya..kakak akan cuba memperbaiki diri dan menjadi seorang kakak yang baik..tetapi ingatlah apa yang penting adalah diri kalian sendiri..pada umur sekarang, kalian sudah pandai memilih haluan hidup sendiri..pilih jalan yang terbaik buat kalian.

nasihat kakak..sebelum melakukan sesuatu ingatlah mama dan abah..jaga maruah keluarga kita..mohon keberkatan daripada Illahi..insyaAllah hidup kita akan bahagia..

ikhlas daripada kakakmu,

March 9th, 2008 at 10:24 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Aku telah terbiasa dengan sinar mentari menyinari kehidupanku..telah berjaya kulupakan mendung-mendung kelabu yang membayangiku tidak lama dahulu..aku berjaya melupakannya walau dengan seribu kepayahan..namun tiba-tiba mendung berarak kembali..rintik-rintik hujan telah mula menunjukkan tanda untuk rebah ke bumi..Tidak!! aku belum puas merasai sinar itu..aku belum bersedia untuk menerima kehadiran hujan lebat ini..

mungkin sinar yang terlalu cerah telah membuatkan aku alpa..alpa tentang adanya kehadiran hujan..aku masih ingat lagi di saat aku mendongak dan melihat sinar cerah mula  menyelubungi hidupku..aku bagaikan tidak percaya. air mata tidak henti-henti mengalir mensyukuri nikmat ini..namun pada hakikatnya aku tidak mahu mengajar diriku terlalu gembira..aku takut..takut sinar ini hanya sementara dan mungkin hujan yang turun selepas ini lebih dahsyat..aku takut akan kenyataan itu.

itulah yang membuatkan aku begitu berhati-hati pada setiap langkahku..itulah yang membataskan setiap pergerakanku..namun, aku hanya insan biasa..apabila terlalu lama dilimpahi sinar kecerahan aku terlupa pada kegelapan..aku lupa pada mendung-mendung kelabu..

kini, saatnya telah tiba..aku perlu sediakan payung..aku dapat merasakan telahanku sebelum ini benar..ya..hujan lebat bakal melanda..hujan yang akan mencetuskan badai di hatiku..Ya Allah bantulah aku menghadapinya..ampunilah aku kerana terleka..aku mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu..apa yang mampu kuharapkan sekarang ialah pelangi akan muncul selepas hujan lebat ini..pelangi yang INDAH..

March 9th, 2008 at 9:36 am and tagged  | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Bila hatiku resah..
jiwa mula rasa gelisah
aku mula mencari ketenangan dalam diri
namun, itu bukanlah sesuatu yang mudah
semakin kucari ketenangan itu..
semakin jauh ia berlari meninggalkan aku..
terkapai-kapai keseorangan

keseorangan..
tidak!! aku tak mampu hidup keseorangan
aku perlukan teman
teman untuk berbicara..
teman untuk menangis..
malah teman untuk ku bergurau senda
padamu teman aku kongsi segalanya
suka dan duka..

hidup ini ibarat roda..
kadang-kadang kita di atas
kadang-kadang kita di bawah
tatkala aku dirundung gelisah
kuharapkan teman-temanku menjadi penawarnya
tanpa kalian..aku sangat lemah
mungkin tiada penyelesaian yang dapat diberikan
namun keprihatinanmu sudah cukup..
cukup untuk memberikan sinar baru padaku
cukup untuk menenangkan perasaanku
cukup untukku bersemangat semula

wahai teman..jika dirimu resah
aku masih di sini..
luahkanlah apa yang membelenggu dirimu
aku sedia menjadi pendengar yang setia
mungkin aku tak dapat menyelesaikan masalahmu
namun aku percaya ini dapat menenangkan
hati dan perasaanmu..

percaya atau tidak..di saat kita bersendirian
di dalam kedukaan..syaitan akan mula membisik
menghasut kita untuk memikirkan perkara negatif
kita mula berasa marah..sedih
sedar tak sedar..kita telah menjadi orang lain
mempunyai watak yang berbeza
kawan mula lari meninggalkan kita
sahabat bertukar menjadi musuh utama
siapa yang harus dipersalahkan?

Di saat ini..kita tertanya-tanya
kenapa semua orang tidak memahami aku??
kenapa semua orang menyalahkan aku??
aku tidak bersalah..
aku mangsa keadaan..
namun kata-kata itu hanya bermain-main di dalam hati
jadi, siapa yang dapat mendengarnya
siapa yang dapat memahaminya..

ingatlah teman
biar apapun yang berlaku
kita tetap sahabat..
di saat aku resah..kuharapkan kehadiranmu
untuk menyokongku..
dan di kala dirimu resah
aku sedia membantu..
inilah nilai sebuah persahabatan

” friendship forever”

March 7th, 2008 at 12:49 am and tagged  | Comments & Trackbacks (1) | Permalink