Sedar tak sedar hari ni dah 23 Ramadhan..maksudnya kita memang dalam 10 hari terakhir Ramadhan. So kepada semua..selamat menggapai al-qadr! Fikir-fikir balik memang sedih..Allah dah bagi sebulan penuh rahmat dan keberkatan tapi tak dapat nak dimanfaatkan sepenuhnya. Nak kata ada kekangan masa tak jugak..sebab memang tengah free sekarang, lepas raya baru start posting..nak kata banyak godaan..syaitan kan dirantai bulan ni..kalau dah godaan syaitan takde maknanya godaan dalam diri sendirila..godaan nafsu! Jadi, kepada semua..selamat bermujahadah! Apa kata beberapa hari yang masih tersisa ni kita digunakan dengan sebaiknya. Mana tau ini Ramadhan terakhir kita..alangkah ruginya disia-siakan begitu saja. Takkan sibuk kemas rumah, beli baju raya dan buat kuih raya saja..itu untuk dunia..mana saham kita untuk akhirat? renung-renungkan..
Eh..macam lari je dengan tajuk ni..satla, ni baru mukadimah. selain ifthar jamai’e + daurah anjuran Isma kedah, ada satu lagi ifthar yang diketuai oleh kak pijah tapi melibatkan kami tujuh orang ja..jauh betul..kat Radix FC di sg petani. Sebenarnya kami semua tak tau lokasi sebenar kedai ni. yang taunya..dekat dengan tesco, antara bank islam dengan maybank dan dekat legenda height.
Kami berkumpul di tadika tasnim alor star pukul 5.45..tiba-tiba terserempak dengan kak ju, risau gak kalau ada ustaz..emm akhawat keluar malam? “macam mana ni kak pijah? on gak ke?” “takpela..kita kan dah siap ni..lagipun niat kita cuma nak ifthar dan solat terawih bersama..lagipun sejak bulan puasa ni usrah takde..dah lama kita tak jumpa kan.” Ok..rancangan diteruskan. Memang kami semua teruja apabila mendengar tentang Radix FC ni..maklumlah milik penuh orang Islam..nak bagi sokongan ni. Lewat jugak kami bertolak..dalam 6.15 petang tapi ikut highwayla. Nak jimat tol dan minyak kami naik satu kereta je..Naza citra kak pijah.

Kami keluar tol sg petani utara..nasib baik ada yang tau tesco kat mana..leher terkial-kial mencari apa-apa sign yang boleh dijadikan panduan..alhamdulilah akhirnya kami jumpa RFC..rupa-rupanya kat tepi jalan ja..warna merah..memang dari jauh dah nampak!

Kami sampai di sana pukul 7.00 petang..dari luar dah nampak ramai orang. risau juga kalau-kalau takde tempat. yang beratur pun panjang jugak.

alhamdulillah..tak sia-sia kami datang dari jauh..nasib baik ada tempat. nak makan apa ni? waktu berbuka dah dekat..mujur menunya lebih kurang kfc je..mudahla nak buat pilihan. Makanannya sedap..memang tak rugi datang! aik..dah macam duta produk hpa pulak.



Selepas berbuka, kami cepat-cepat bergegas mencari masjid yang terdekat. Masjid al-Muttaqin menjadi destinasi persinggahan kami untuk solat maghrib, Isyak dan terawih lapan rakaat. Kemudian, kami terus bertolak balik bimbang sampai ke rumah terlalu lewat..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…
September 22nd, 2008 at 10:09 pm and tagged
Ramadhan kareem |
Comments & Trackbacks (0) |
Permalink
Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah… entah di mana
Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan
Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya pada-Nya
Kembalilah kepada-Nya
Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan
Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukanku semula
Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatmu ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu melangit tinggi
Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadhirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti
» Continue Reading
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Bulan penuh keberkatan
Bulan penuh penghayatan
Bulan penuh keinsafan
Sambutlah dengan rasa kesyukuran
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan
Menambah ibadah juga amalan
Tanpa gangguan iblis dan syaitan
Senja Syaaban berlalu pergi
Muncullah Ramadhan yang mulia ini
Marilah perbaiki kekurangan diri
Cuba bersihkan noda di hati
Menambah bekalan di sana nanti
Menebus dosa menggunung tinggi
Dekatkanlah diri pada Illahi
Agar hidup lebih bererti
Semoga tidak menyesal kemudian hari

Ramadhan disambut dengan gembira
Walaupun letih, lapar, dahaga
Namun di hati tetap bahagia
Mengharap rahmat dan redhaNya
Mendamba kasih dari yang Esa
Sucikan diri dari debu-debu dosa
Ayuh teman dan rakan semua
Pesta ibadah sudah bermula!
Usahlah kita sia-siakannya..
Bulan Ramadhan tiba lagi..alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberi kita kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmat Ramadhan pada kali ini. Inilah peluang kita menambahkan amal ibadat dan menghampirkan diri dengan Allah SWT. Mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Apa yang penting..jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.
Ramadhan telah diiktiraf oleh Allah SWT sebagai bulan ibadat, maka bersedialah untuk berpesta ibadah! Jika direnung dan dihayati, banyak keistimewaan dalam bulan Ramadhan ini. Pada bulan inilah al-Quran telah diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Selain puasa yang sering dikaitkan dengan Ramadhan, ibadat lain seperti zakat fitrah dan solat sunat terawih tiada pada bulan-bulan lain. Selain itu, pada bulan ini juga terdapat malam lailatul qadar yang penuh berkat. Beribadat pada malam itu lebih baik daripada beribadat seribu malam.

Umat Islam diberi peluang untuk beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk tanpa gangguan daripada syaitan. Amalan-amalan sunat mendapat ganjaran pahala seperti ibadat wajib dan ibadat wajib diberi ganjaran lebih tinggi daripada biasa. Bagi orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan melakukan ibadat dengan penuh keimanan dan keinsafan, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Kesempatan ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya. Ramadhan mestilah dihayati dengan berpuasa pada siang hari dan memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat seperti:
a) Sedekah
b) Tilawah dan TAdarus al-Quran
c) Iktikaf (berada di msjid dengan niat iktikaf)
d) Qiyam Ramadhan, iaitu melakukan ibadat sunat pada malam Ramadhan seperti solat tahajjud, tilawah al-Quran, dan sebagainya
e) Solat terawih dan witir
